Utusan Borneo (Sarawak)

Our Lady of Fatima ungguli kejohanan futsal Uniteh

-

MUKAH: Skuad futsal Our Lady of Fatima yang mewakili Kampung Tellian muncul juara Kejohanan Futsal Piala SABERKAS Kampung Teh ( Uniteh) setelah menundukka­n pasukan SABERKAS Leetonia dengan jaringan 31 pada perlawanan akhir di Gelanggang Futsal Kampung Teh di sini, kelmarin.

Sacred Heart Team menduduki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan BDK Ud dengan berpesta gol 5-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Empat pasukan teratas kejohanan membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai, piala dan medal yang disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Lebih 20 pasukan menyertai kejohanan yang diadakan selama tiga hari sempena dengan sambutan Hari Krismas 2016 yang dianjurkan oleh SABERKAS Kampung Teh.

Pasukan- pasukan yang mengambil bahagian ialah Star Dabai, Bantiq FT, Ouaiyo, Belitit, Tegak, BDK Ud, SABERKAS Leetonia, The 3 Hundred Man, St Peter & Paul, Jalin Riverside, One Hundred Fifty Plus, Buang Gian, Telou Kazen, Bayau Mas, Santos FT, Penakub United, Takada Villa, Sacred Heart Team, Our Lady of Fatima dan Tak Tahuuu.

Turut hadir pada majlis penyampaia­n hadiah ialah Pengerusi Unit SABERKAS Kampung Teh Beki Jugong dan ahli- ahli SABERKAS Uniteh.

 ??  ?? KENANGAN: Yakub (tengah) merakamkan kenangan bersama pemain sebelum sepak mula final Kejohanan Futsal Piala SABERKAS Kampung Teh di Mukah, kelmarin.
KENANGAN: Yakub (tengah) merakamkan kenangan bersama pemain sebelum sepak mula final Kejohanan Futsal Piala SABERKAS Kampung Teh di Mukah, kelmarin.
 ??  ?? TAHNIAH: Yakub (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang di Mukah, kelmarin.
TAHNIAH: Yakub (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang di Mukah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia