Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita gelang: Tradisi komuniti Semban kian pupus

- Oleh Saibi Gi dan Jeremy Lanson

DAHULU jika hendak bertemu mereka perjalanan yang perlu ditempuhi dengan meredah hutan tebal, bukit-bukau, lembah dan sungai mungkin mengambil masa sehari suntuk.

Tetapi kini mereka - wanita-wanita bergelang (ring ladies) - menetap di Kampung Semban di Skim Penempatan Semula Bengoh di Jalan Puncak Borneo. Mudah untuk bertemu mereka kini.

Pembinaan Empangan Bengoh yang kini sudah beroperasi menyebabka­n Kampung Semban yang asalnya terletak di tengah hutan belantara dipindahka­n ke skim penempatan semula itu sejak tiga tahun lepas.

Kampung Semban antara kampung yang dipindahka­n ke Pusat Penempatan Semula Bengoh yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berbanding dengan kampung asal mereka.

Tetapi ini bukan cerita tentang Kampung Semban! Ini cerita wanita-wanita bergelang.

Mereka ini unik apabila dilihat daripada perspektif dunia moden kerana masih mengekalka­n tradisi keluarga turun-temurun.

Pada majlis-majlis rasmi di kawasan komuniti Bidayuh, khidmat mereka juga digunakan terutama bagi menyerikan sambutan ketibaan orang kenamaan seperti menteri atau wakil rakyat.

Kumpulan wanita bergelang ini bangga dengan warisan mereka apabila muncul di khalayak memakai gelang diperbuat daripada tembaga dan loyang yang berwarna keemasan.

Pergelanga­n tangan dan kaki mereka dibaluti gelang. Mereka kelihatan tidak rimas.

Ketika berkunjung ke Kampung Semban, Skim Penempatan Semula Bengoh baru-baru ini, penulis menemu bual dua daripada tujuh wanita gelang ini. Tawub Luhan dan Peluk Abeh, kedua-duanya berumur 70 tahun.

Disebabkan kekangan bahasa, penulis berbualbua­l dengan mereka menggunaka­n khidmat pengantara - pengerusi kebudayaan Kampung Semban Sagen Adan.

Sagen menjelaska­n Tawub dan Luhan memakai gelang ‘luyang’ (gelang tangan) dan ‘lasung’ (kaki) sejak mereka berumur 12 tahun.

Pada mulanya penu- lis tercari-cari ke mana menghilang gegelang leher wanita-wanita ini. Penulis sebenarnya keliru dengan penampilan wanita Kayan di Thailand yang memakai gegelang di leher agar ia lebih jinjang.

Berbeza dengan amalan tradisi wanita-wanita warga emas Semban, wanita Kayan masih mengamalka­nnya di kalangan anak-anak muda mereka sehingga ke hari ini.

Ada beberapa pendapat mengatakan mengapa wanita Kayan memakai gegelang sejak turun- temurun.

Kisah legenda mengatakan gegelang leher dapat melindungi si pemakai daripada serangan harimau memandangk­an haiwan buas itu menyerang di leher mangsa.

Juga terdapat legenda mengatakan lelaki dari puak lawan tidak akan terpikat dengan wanita memakai gegelang memandangk­an ia menjejaska­n kecantikan.

Bagi Tawun dan Luhan serta rakan-rakan wanita bergelang tangan dan kaki, mereka memakai gegelang kerana ia dika- takan menambah kecantikan si pemakai.

Malah, ia melambang- kan status kekayaan keluarga si pemakai.

Menceritak­an lebih lanjut mengenai kisah wanita bergelang ini, Sagen memberitah­u Tawub dan Peluk memakai gelang sejak berumur 12 tahun dan cuma ditanggalk­an ketika sakit.

“Gegelang ini senang hendak membukanya, tetapi memasangny­a memang susah. Sebab itu si pemakai lebih rela ia kekal di badan,” ujarnya menambah, kini genap 58 tahun mereka berdua memakai gelang.

Tawub yang mempunyai 13 orang anak dan Peluk, sembilan anak memberitah­u nenek dan ibu masing-masing juga memakai gelang sejak mereka kecil.

Keunikan wanita bergelang ini turut membawa mereka ke Milan, Itali pada Mei yang lepas apabila mereka dipilih menyertai festival orang asli dan puak antarabang­sa.

Trip anjuran Kampung Budaya Sarawak itu mengetenga­hkan bakat Peluk dan Tawud bersama seorang lagi wanita bergelang Singai Nekan dalam mengukir kraf menggunaka­n kayu.

Menceritak­an tentang warisan yang kian pupus itu, Sagen menjelaska­n wanita komuniti mereka mula meninggalk­annya apabila satu ketika dahulu anak-anak gadis dihantar ke sekolah.

“Guru sekolah tidak membenarka­n mereka memakai gelang di pergelanga­n tangan dan kaki. Sejak dari itu anak-anak gadis dari komuniti kami di Semban yang asal tidak lagi memakai perhiasan gelang,” jelasnya.

Wanita bergelang yang paling muda dari Kampung Semban kini berusia 44 tahun, dan mungkin merupakan pewaris terakhir tradisi puak mereka.

Jumlah mereka kini tujuh orang, terdiri daripada lima orang yang tua, manakala dua orang masih berusia 40-an.

“Meskipun warisan ini amat berharga, kami terpaksa akur dengan kepupusann­ya apabila generasi baharu tidak lagi memakai. Kita faham perubahan zaman juga menuntut pengorbana­n warisan,” kata Sagen.

 ??  ?? WARISAN: Pemakaian gelang tembaga dan loyang menjadi kebanggaan Peluk (kiri) dan Tawud dari Semban yang diwarisi sejak dari nenek mereka.
WARISAN: Pemakaian gelang tembaga dan loyang menjadi kebanggaan Peluk (kiri) dan Tawud dari Semban yang diwarisi sejak dari nenek mereka.
 ??  ?? SUKAR PERTAHANKA­N: Peluk dan Tawud akur perubahan zaman menyebabka­n warisan mereka sukar dipertahan­kan.
SUKAR PERTAHANKA­N: Peluk dan Tawud akur perubahan zaman menyebabka­n warisan mereka sukar dipertahan­kan.
 ??  ?? PERSADA ANTARABANG­SA: Keunikan pemakaian gelang di kaki dan tangan menarik perhatian Kampung Budaya Sarawak lantas mengetenga­hkan mereka di pentas seni di persada antarabang­sa.
PERSADA ANTARABANG­SA: Keunikan pemakaian gelang di kaki dan tangan menarik perhatian Kampung Budaya Sarawak lantas mengetenga­hkan mereka di pentas seni di persada antarabang­sa.
 ??  ?? BANGGA: Ketua Kaum Semban Bujus Kian (kiri) dan Sagen bersama Peluk (dua kiri) dan Tawud.
BANGGA: Ketua Kaum Semban Bujus Kian (kiri) dan Sagen bersama Peluk (dua kiri) dan Tawud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia