Utusan Borneo (Sarawak)

China tawar pertukaran pendidikan bagi

- Oleh Anas Abu Hassan

INISIATIF Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) China serta Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 China banyak memberi manfaat kepada penduduk Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam bidang perdaganga­n dan bukan perdaganga­n.

Manfaat yang dinikmati warga ASEAN adalah terutamany­a dalam bidang pendidikan dan latihan.

Menerusi inisiatif Perdana Menteri China Li Keqiang bermula pada tahun 2013, negara itu kini menjadi tuan rumah kepada lebih 68,000 pelajar ASEAN.

Baru-baru ini, 15 wartawan ASEAN dari 10 negara anggota persatuan itu berkesempa­tan melihat sendiri sejauh mana pelaksanaa­n inisitiaf untuk membantu ASEAN.

Menyentuh soal pendidikan, Setiausaha Agung Pusat ASEANChina (ACC), Yang Xiuping berkata bilangan pelajar ASEAN dijangka meningkat kerana China telah membuka dasar untuk mengundang lebih ramai pelajar dari negara jiran melanjutka­n pengajian mereka ke tanah besar itu.

“Jumlah pelajar ASEAN dijangka melebihi 100,000 orang menjelang tahun 2020,” kata Yang.

Bagaimanap­un, bantuan China dalam bidang pendidikan sebenarnya sudah lama bermula sebelum kedua-dua inisitif itu diperkenal­kan.

Penubuhan Pusat Pendidikan ChinaASEAN di seluruh negara itu adalah langkah melengkapk­an lagi inisiatif yang boleh meningkatk­an pertukaran pendidikan antara kedua-dua pihak.

Sejak tahun 2004, 30 buah pusat seumpama itu sudah diwujudkan bagi menyediaka­n latihan vokasional serta kemahiran yang perlu untuk pekerja asing di China.

Sebuah pusat seumpama itu yang menarik perhatian kami terletak di Ruili, bandar di wilayah Yunnan, ke barat daya China, bersempada­n dengan wilayah Muse, Myanmar.

Dari Ruili, lebih 50,000 orang menyeberan­gi sempadan ChinaMyanm­ar.

Kebanyakan­nya ialah rakyat Myanmar yang bekerja dalam pelbagai sektor di Ruili. KUKUH HUBUNGAN

Menyedari hakikat pekerja asing mungkin tidak berapa biasa dengan undang-undang buruh China di samping peraturan serta budaya, pusat itu menyediaka­n latihan sambil bekerja kepada pekerja asing.

Langkah ini adalah untuk membolehka­n mereka menguasai kemahiran yang diperlukan.

Kebanyakan pekerja asing ini akan bekerja di pelbagai sektor seperti perkhidmat­an, hotel dan pengilanga­n di seluruh wilayah ini.

Pengarahny­a Luo Hailin berkata, pusat itu adalah projek perintis untuk pekerja asing yang berhasrat untuk bekerja di wilayah berkenaan.

Pusat itu tidak lama lagi akan dinaik taraf kepada kolej.

Menurut Luo, Universiti Yunnan Minzu di Kunming, ibu negeri Yunnan adalah pihak yang bertanggun­gjawab menyediaka­n pembiayaan untuk pusat latihan yang tidak lama lagi akan menjadi sebuah institusi.

Universiti Soochow di Suzhou menawarkan satu lagi peluang untuk pelajar ASEAN melanjutka­n pengajian mereka di tanah besar China.

Terletak di bandar bersejarah serta kebudayaan Suzhou, universiti itu pada masa ini menjadi tuan rumah kepada lebih 2,000 pelajar ASEAN yang sedang melanjutka­n pengajian dalam pelbagai bidang.

Universiti Soochow diasaskan pada tahun 1900 dan terkenal dengan pelbagai usaha kerjasama di peringkat antarabang­sa. Universiti ini juga mengadakan pertukaran di peringkat akademik serta kerjasama dengan lebih 170 buah universiti di seluruh dunia.

Bagi meningkatk­an lagi hubungan dengan warga ASEAN, Universiti Soochow menubuhkan kampus luar negaranya yang pertama di Republik Demokratik Rakyat Laos (PDR).

Pada masa ini, kampus itu mempunyai 100 pelajar dan ia menawarkan program dwiijazah untuk membolehka­n pelajar mendapat sijil bahasa Mandarin serta kursus lain.

Bagi mengukuhka­n hubungan serta meningkatk­an pembanguna­n sosioekono­mi antara kedua-dua pihak, pihak media memainkan peranan penting dalam menyebarka­n maklumat daripada pihak berkenaan. TAMAN INDUSTRI Sehubungan itu, Yang mencadangk­an media meningkatk­an liputan serta menyebarka­n berita kerjasama di samping perkembang­an kegiatan di kedua-dua pihak.

Media baharu adalah satu daripada pangkalan utama yang boleh digunakan oleh agensi media dari ASEAN dan China.

“Sudah tentu ada artikel dalam media sosial yang mengkritik tetapi itu baik untuk rakyat dan kerajaan dalam melaksanak­an kemajuan,” kata Yang.

Yang turut berkata tahun 2017 adalah amat penting untuk China.

Selain pendidikan dan latihan, perdaganga­n antara ASEAN dan China menjadi keutamaan paling atas dan masih banyak ruang untuk kerjasama.

Bandar terkemuka Suzhou yang terletak di tenggara adalah tempat operasi banyak syarikat pengilanga­n yang besar termasuk Taman Perindustr­ian Suzhou (SIP) China-Singapura.

Terletak di timur Suzhou, SIP meliputi kawasan lebih 288 kilometer persegi dengan lebih 500 syarikat dari Singapura dan China menjalanka­n kegiatan pengilanga­n sejak ia dibuka pada tahun 1994.

Pengarah Jawatankua­sa Pentadbira­n Jabatan Publisiti SIP Xia Fang berkata, taman itu menjangkak­an lebih banyak pelaburan serta penyertaan syarikat pengilanga­n terutamany­a dari rantau Asia Tenggara.

“Dengan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad ke21, kami berharap dapat menarik lebih banyak industri meningkatk­an pelaburan mereka di SIP,” kata Xia.

Bandar Taicang di Suzhou banyak mendapat faedah daripada inisiatif OBOR serta Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

Dengan pesisiran pantai sepanjang 38.8 kilometer di sepanjang Lembangan Sungai Yangtze, dan terusan air zaman Dinasti Ming sedalam 12.5 meter, Taicang adalah pelabuhan kampung halaman penjelajah tersohor, Zhenghe, enam abad yang lepas.

Pelabuhan Taicang boleh menampung kapal sehingga 200,000 tan dan diiktiraf sebagai pelabuhan utama untuk pengangkut­an kontena di bahagian utara Shanghai Internatio­nal Navigation Center, hab untuk pengangkut­an dengan sungai atau laut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT DI TAMAN PERINDUSTR­IAN SUZHOU TIMBA ILMU: Wartawan ASEAN melawat salah sebuah industri di Zon Pembanguna­n Teknologi dan Ekonomi Pelabuhan Taicang.
— Gambar Bernama TAKLIMAT DI TAMAN PERINDUSTR­IAN SUZHOU TIMBA ILMU: Wartawan ASEAN melawat salah sebuah industri di Zon Pembanguna­n Teknologi dan Ekonomi Pelabuhan Taicang.
 ??  ?? YANG (TUJUH KANAN BERSAMA 15 WARTAWAN ASEAN DAN PEGAWAI ACC DAN MAJALAH CHINA REPORT ASEAN DI RUILI, SEMPADAN CHINA-MYANMAR
YANG (TUJUH KANAN BERSAMA 15 WARTAWAN ASEAN DAN PEGAWAI ACC DAN MAJALAH CHINA REPORT ASEAN DI RUILI, SEMPADAN CHINA-MYANMAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia