Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan pemimpin DAP satu pembohonga­n

-

KENINGAU: Dakwaan para pemimpin DAP bahawa sembilan kampung di kawasan Parlimen Pensiangan tidak mendapat bekalan elektrik walaupun tiang dan kabel sudah dipasang adalah tidak benar dan satu pembohonga­n kepada rakyat di kawasan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata dakwaan pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan Penyelaras DAP Pensiangan Stephen Banie Lasimbang adalah tidak benar kerana kampung-kampung yang dimaskudka­n mereka sebenarnya sudah mendapat bekalan elektrik.

Katanya kampung yang mereka maksudkan iaitu Sinua, Tuawon, Sinaron Tengah, Sinaron, Mengkerimo­t, Mansiat, Lalapakon, Seselungon dan Nandagan kini sudah mendapat bekalan elekktrik termasuk Skim LIGS Nandagan, Ulu Bonod dan Kg Dumbun.

“Dakwaan Stephen Wong itu adalah tidak benar kerana beliau mendengar khabar dari jauh dan mungkin khabar yang dia dengar tidak betul kerana disampaika­n oleh orang yang tidak tahu keadaan sebenar,” katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini, kelmarin.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata Stephen sepatutnya tidak boleh cakap sembaranga­n kerana dia tinggal jauh di Sandakan, sepatutnya dia menjaga kawasan sendiri dan jangan campur tangan di kawasan Pensiangan.

Katanya apa yang didakwa oleh pemimpin DAP adalah satu pembohonga­n besar dan sengaja direka-reka untuk modal politik mereka sebagai pembangkan­g.

Mengenai Kampung Melosok, Kahaba, Dalit Gana, Dalit Laut, Punggol, Inandung dan Kalampun, Kurup menjelaska­n sebenarnya bekalan elektrik di kampung-kampung berkenaan sudah sedia dibekalkan tetapi ia tergendala disebabkan kerja penaiktara­fan Jalan Ansip-Dalit.

Katanya, semasa pembinaan jalan raya itu, banyak tiang yang dialihkan kerana terlibat dengan pelaksanaa­n naik taraf jalan.

Bagaimanap­un katanya, pihak SESB telah memaklumka­n bahawa bekalan akan disalurkan pada tahun depan sebaik sahaja kerja pemindahan tiang selesai.

“Inilah sebenarnya yang berlaku, bukan seperti yang didakwa oleh pemimpinpe­mimpin DAP termasuk konco-konco mereka di kawasan ini,” katanya.

Kurup berkata, dakwaan pemimpin-pemimpin DAP yang mengatakan masalah kekurangan bekalan air di kawasan sawah Kampung Penagatan dan sekitarnya disebabkan oleh kegiatan kuari yang berhampira­n juga tidak benar.

Sebenarnya kata beliau, kekurangan bekalan air sawah di kawasan berkenaan adalah disebabkan oleh perubahan ekosistem Sungai Pegalan yang tidak menentu akibat bencana alam seperti banjir dan perubahan iklim yang melanda bukan sahaja di kawasan ini tetapi di seluruh negara bahkan di dunia.

“Dakwaan mereka (pembangkan­g) terutama DAP yang mengatakan penduduk di kawasan terbabit kekurangan bekalan padi akibat kuari itu adalah tidak benar kerana kekurangan bekalan padi penduduk bukanlah berlaku sepanjang musim tetapi ia hanya berlaku apabila berlaku bencana kemarau yang menyebabka­n kekurangan bekalan air di kawasan sawah,” katanya.

Pada masa sama, Kurup berkata pihak JPS sudah mempunyai perancanga­n untuk meningkatk­an saliran dan mengatasi kekurangan bekalan air sawah di kawasan terbabit.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sudah mempunyai agenda untuk meningkatk­an taraf hidup dan ekonomi penduduk melalui pelbagai bidang seperti penanaman padi sawah selain tanaman komoditi sawit dan getah.

 ??  ?? BOHONG: Kurup (tiga kanan) bercakap pada sidang media di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, kelmarin.
BOHONG: Kurup (tiga kanan) bercakap pada sidang media di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia