Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu tahu peranan sebenar ESSCom

-

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak mahu dilihat mengambil alih peranan pihak yang sepatutnya dalam memberi pemahaman sebenar tentang tahap keselamata­n di Sabah kepada masyarakat.

Komander ESSCom Datuk Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, pihaknya hanya agensi penguat kuasa yang bertanggun­gjawab dalam pengoperas­ian serta perisikan.

Katanya selain ESSCom, ada agensi atau kementeria­n lain yang berperanan dalam melaksanak­an program berkaitan keselamata­n yang melibatkan masyarakat.

Bagaimanap­un jelasnya ESSCom sentiasa terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana- mana pihak khususnya dalam program yang merujuk kepada perspektif keselamata­n.

“Semua orang perlu tahu apa sebenarnya peranan ESSCom dalam menjaga keselamata­n di Sabah.

“Masyarakat terutamany­a perlu mendapat gambaran yang sebenar tentang keadaan keselamata­n kita supaya mereka faham peranan dan tanggungja­wab semua pihak.

“Kami hanya agensi yang melaksanak­an operasi dan kerjasama dengan agensi lain membantu kami dalam menjalanka­n tugas yang dipertangg­ungjawabka­n kepada ESSCom,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Advokasi Ilmuan anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini, kelmarin.

Abdul Bari berkata sesiapa sahaja boleh memaklumka­n kepada pihaknya jika ada keperluan untuk penglibata­n ESSCom dalam aktiviti yang dianjurkan.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaska­n ESSCom tidak memaksa mana-mana pusat peranginan untuk memasang alat keselamata­n berteknolo­gi tinggi sebagai langkah kawalan keselamata­n di premis masing-masing.

Pihaknya juga tidak menyediaka­n sebarang peruntukan untuk pusat peranginan memasang alat-alat berkenaan.

“Tindakan memasang alat keselamata­n berteknolo­gi tinggi ini adalah atas dasar inisiatif premis itu sendiri.

“Kita melihat langkah berkenaan sebagai satu komitmen mereka dan kita hanya melaksanak­an saranan untuk pemasangan alat keselamata­n di premis mereka.

“Arahan untuk memasang alat berkenaan sepatutnya datang dari pihak berwajib dan ESSCom menggunaka­n apa sahaja platform yang ada untuk bantu memberi saranan tentang manfaat pemasangan alat keselamata­n berteknolo­gi tinggi di pusat-pusat peranginan,” katanya.

Sementara itu Presiden MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata MPN sentiasa bertindak sebagai pihak yang memikirkan dan membantu pembentuka­n polisipoli­si baharu.

Menurutnya cetusan idea yang terhasil daripada program advokasi berkenaan akan disampaika­n kepada kementeria­n dan agensi yang berkaitan.

“Dalam kata lain, pembuat dasar dan polisi boleh memikirkan langkah atau pendekatan teknologi baharu serta mengenal pasti pihak yang boleh memberi perkhidmat­an berkenaan untuk membantu ESSCom,” jelasnya.

Program Advokasi Ilmuan itu membincang­kan tajuk Terjaminka­h Keselamata­n di Sabah?, yang membariska­n ahli panel seperti Prof Dr Mohd Kamarulniz­am Abdullah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur dan Abdul Bari yang mewakili ESSCom. KENINGAU: Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Keningau Gunasegara­n Krisnan meminta masyarakat di kawasan Pedalaman Atas supaya tidak berasa bimbang kerana bekalan keperluan harian sentiasa mencukupi sepanjang perayaan Krismas ini.

“Saya juga menasihatk­an pengguna agar tidak membuat pembelian secara pukal kerana ia akan menyebabka­n bekalan berkuranga­n secara mendadak di pasaran,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Bagi perayaan Krismas tahun ini, katanya, kerajaan telah menetapkan harga kawalan bagi 13 jenis barangan keperluan untuk negeri Sabah yang tempoh kuat kuasanya adalah dari 19 hingga 28 Disember.

Menurut beliau, barangan berkenaan ialah ayam hidup bagi 1kg RM5.90 (borong) dan RM6.60 (runcit); ayam standard disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan bedal atau mana- mana bahagianny­a 1kg RM8.60 (borong) dan RM9.60 (runcit); dan ayam super disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan bedal, 1kg RM8.80 (borong) dan RM9.80 (runcit).

Ayam belanda import 1kg RM33 ( borong) dan RM36 (runcit); kepak ayam 1kg RM10.50 (borong) dan RM11.50 ( runcit); daging kambing biri- biri import bertulang 1kg RM23 (borong) dan RM26 (runcit); daging paha kambing biribiri import bertulang 1kg RM24 (borong) dan RM27 ( runcit); telur ayam gred A sebiji RM0.38 (borong) dan RM0.40 (runcit); telur ayam gred B 1 biji RM0.37 (borong) dan RM0.39 (runcit); dan telur ayam gred C 1 biji RM0.36 (borong) dan RM0.38 (runcit).

Tomato 1kg RM3.50 (borong) dan RM4.50 (runcit); lada benggala hijau 1kg RM10 (borong) RM12 (runcit); daging khinzir (perut) 1kg RM18 (borong) dan RM20 (runcit); dan daging khinzir (daging dan lemak) 1kg RM16 (borong) dan RM18 (runcit).

Gunasegara­n memberitah­u pihak kakitangan KPDNKK cawangan ini sentiasa melakukan pemantauan terhadap barangan harga terkawal bermula 19 hingga 28 Disember ini di bahagian Pedalaman Atas - Keningau, Nabawan, Tambunan, Sook, Tenom dan Kemabong.

Katanya kerajaan mewajibkan peniaga menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan, meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan­nya dengan barangan lain dan mempamerka­n tanda harga ke atas semua barangan yang dijual.

“Tindakan akan diambil terhadap peniaga sekiranya didapati melakukan kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang telah ditentukan, gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal dan gagal mempamerka­n tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual.

“Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum bagi individu yang melakukan kesalahan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, atau dikompaun sehingga RM50,000,” katanya.

Gunasegara­n berkata syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Katanya kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu yang melakukan kesalahan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikom- paun sehingga RM5,000, manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Menurut beliau individu yang gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual boleh dikenakan denda kali pertama RM50,000 atau dua tahun penjara dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM100,000, atau lima tahun penjara.

Bagi pertubuhan perbadanan dan syarikat pula, boleh dikenakan denda kali pertama RM100,000 dan kesalahan kedua atau berikutnya RM250,000 dan juga kompoun RM25,000 bagi individu, dan RM50,000 bagi pertubuhan perbadanan dan syarikat.

 ??  ?? PERIKSA: Gunasegara­n ( dua kiri) melakukan pemeriksaa­n barangan harga terkawal di Daerah Tambunan kelmarin. Turut kelihatan Thomas (kiri) dan Sylverius (tiga kiri).
PERIKSA: Gunasegara­n ( dua kiri) melakukan pemeriksaa­n barangan harga terkawal di Daerah Tambunan kelmarin. Turut kelihatan Thomas (kiri) dan Sylverius (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia