Utusan Borneo (Sarawak)

137 kanak-kanak sertai Berkhatan Perdana 2016

-

BONGAWAN: Seramai 137 kanak-kanak terdiri daripada murid sekolah rendah menyertai program Berkhatan Perdana 2016 anjuran Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Bongawan di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan, kelmarin.

PPM Bongawan selaku pengerusi penganjur Mohd Saidin Ibrahim berkata, program kali ketiga itu dianjurkan dengan kerjasama jawatankua­sa masjid berkenaan kepada kanak-kanak khususnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

“Ini adalah sebahagian daripada program tahunan YB Datuk Mohamad Alamin selaku wakil rakyat Bongawan bagi meringanka­n beban ibu bapa, khususnya mereka yang kurang berkemampu­an selain cara terbaik menjalin hubungan antara rakyat dan pemimpin.

“Pada hari pertama, seramai 30 kanak-kanak berjaya dikhatanka­n manakala selebihnya pada hari berikutnya. Kaunter pendaftara­n peserta dibuka seminggu lebih awal di Pejabat UPPM.

“Pada masa sama, kami juga mempermuda­hkan ibu bapa terutama yang tinggal jauh mendaftark­an anak terus kepada pengerusi JKKK di kawasan masing- masing,” katanya.

Terdahulu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan Datuk Mohamad Alamin menepung tawar dan menyembur air kepada peserta menggunaka­n pili bomba di perkaranga­n masjid sebagai simbolik perasmian program berkenaan.

Beliau dalam ucapannya, berkata berkhatan hukumnya adalah sunat bagi lelaki dan perempuan serta sunnah Rasulullah selain untuk kesihatan.

“Program khatan perdana ini adalah program tahunan kita untuk anak-anak Bongawan dan sambutanny­a amat menggalakk­an.

“Program ini juga adalah percuma. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program Khatan Perdana pada tahun ini khususnya kepada krew khatan yang terdiri dari pegawai dan pembantu perubatan, jawatankua­sa Masjid Nurul Hidayah pekan Bongawan serta Bomba dan Penyelamat daerah Papar,” katanya.

 ??  ?? PROGRAM TAHUNAN: Mohamad menepung tawar peserta khatan perdana di Masjid Nurul Hidayah pekan Bongawan.
PROGRAM TAHUNAN: Mohamad menepung tawar peserta khatan perdana di Masjid Nurul Hidayah pekan Bongawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia