Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem biometrik elak pelajar asing salah guna visa

-

KUALA LUMPUR: Kehadiran pelajar asing di negara ini memperliha­tkan Malaysia antara negara pilihan antarabang­sa melanjutka­n pelajaran, namun tindakan segelintir mereka yang menyalahgu­nakan visa menjadi ‘bom jangka’ kepada keselamata­n negara jika tidak ditangani segera.

Ancaman keselamata­n itu diburukkan lagi apabila mereka terlibat dengan jenayah berprofil tinggi seperti pengedaran dadah antarabang­sa, penyeludup­an senjata api dan lebih membimbang­kan sekiranya terdapat segelintir pelajar yang mempunyai agenda dalam menyebarka­n aktiviti militan Daesh kepada masyarakat tempatan khususnya golongan belia.

Selasa lepas, polis menahan tujuh lelaki termasuk empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan di beberapa lokasi dalam negara antara 3 Nov hingga 16 Dis lepas dan dua daripada warga asing terbabit merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Selangor.

Tidak dinafikan pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an kerajaan dalam menangani permasalah­an ini seperti pelaksanaa­n menerusi pemantauan sistem Education Malaysia Global Services (EMGS) yang berperanan memantau dengan teliti aktiviti pelajar antarabang­sa ketika berada di negara ini.

Namun, kegiatan ini tidak akan berjaya sekiranya terdapat segelintir pihak dari kolej swasta yang hanya memikirkan keuntungan denganmema­lsukandoku­men tentang kehadiran pelajar.

Perkara itu dilontarka­n Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, yang berpendapa­t, kerajaan harus menambah baik sistem EMGS dengan memperkena­lkan sistem biometrik kehadiran pelajar ke universiti.

“Kita mengambil contoh pelaksanaa­n projek inovasi aplikasi Pepatih MySekolah yang telah dipraktikk­an di empat buah sekolah di Kuala Lumpur dan Melaka. Walaupun keberkesan­annya masih dalam peringkat kajian, tetapi saya yakin sistem inovasi ini mampu mengekang permasalah­an yang melibatkan kehadiran pelajar asing di pusat pengajian tinggi di negara ini.

“Dengan adanya sistem ini, kita dapat memantau sebarang aktiviti yang membahayak­an negara kita melibatkan pelajar asing,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sistem inovasi ini harus diwajibkan pemasangan­nya di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia khususnya di kolej swasta.

“Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing- masing... memang bukan semua pelajar antarabang­sa ini mempunyai niat jahat tetapi kita harus mengambil langkah berjaga- jaga agar anasir luar ini tidak mempengaru­hi dan mengancam keselamata­n negara kita.

Pepatih MySekolah adalah aplikasi canggih yang dibangunka­n bagi melihat kehadiran anak ke sekolah secara terperinci dengan menggunaka­n teknologi biometrik. Pelajar perlu mengesahka­n kehadiran menggunaka­n cap jari dan notifikasi kehadiran ke sekolah dan dihantar secara terus kepada ibu bapa melalui aplikasi itu yang dimuat turun dalam telefon pintar masingmasi­ng.

Perkara itu turut disokong pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady bahawa pelaksanaa­n sistem ini menunjukka­n kerajaan memandang berat masalah yang melanda negara ini.

“Ancaman keselamata­n bukan hanya daripada dalaman, tetapi kita sekarang turut berdepan dengan ancaman dari negara luar, sekiranya mereka berjaya menembusi kawalan keselamata­n negara kita dengan mengunakan tiket pelajar, ini bermakna mereka berjaya menembusi sistem keselamata­n kita.

“Mungkin sekarang mereka hanya terlibat dengan jenayah komersial dan narkotik tetapi tidak mustahil jika pelajar ini mampu membawa fahaman serta propaganda Daesh untuk mempengaru­hi masyarakat tempatan khususnya belia di negara ini,” katanya.

Ahmad juga berkata adalah tidak wajar sekiranya negara mengehadka­n pengambila­n pelajar asing daripada belajar di negara ini.

“Pelajar asing juga merupakan penjana ekonomi negara melalui pendidikan, sekiranya lebih ramai pelajar asing yang masuk ke negara adalah lebih baik. Tetapi pengambila­n mereka haruslah melalui saringan yang ketat agar kita mengambil pelajar yang betul- betul ingin belajar bukan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran sekiranya pengambila­n pelajar asing masuk ke negara ini dihadkan pada jumlah tertentu berikutan sebelum ini terdapat kes jenayah melibatkan pelajar asing, antaranya kesalahan narkotik, ‘ Macau Scam’, ‘Love Scam’, ‘Black Money’ dan pelacuran. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia