Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan keterbukaa­n informasi untuk lahir anggota tentera bermakluma­t

-

PORT DICKSON: Warga tentera darat diingatkan memanfaatk­an keterbukaa­n informasi, hasil daripada kemajuan teknologi hari ini bagi melahirkan anggota yang bermakluma­t, berilmu dan bebas daripada pemikiran yang jumud dan statik.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata sekiranya keterbukaa­n ini tidak diuruskan secara berkesan, ia boleh memberi kesan negatif kepada organisasi.

“Ini kerana ia boleh melahirkan warga tentera yang agresif, suka menuntut serta hilang jati diri. Mereka ini mempunyai kecenderun­gan untuk melihat sesuatu isu itu secara yang tersurat dan mengabaika­n maksud yang tersirat di sebaliknya.

“Keadaan ini boleh mengakibat­kan berlakunya kecelaruan cara berfikir dan bertindak sehingga boleh mewujudkan zon pertentang­an idea dan cita rasa antara generasi,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi sempena perasmian penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan Siri 19/ 2016 di Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), di sini, semalam.

Seramai 34 pegawai terdiri daripada 31 anggota Tentera Darat dan selebihnya daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamatkan kursus selama setahun itu.

Turut hadir Panglima Latihan Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Ahmad Hasbullah (lima kanan) beramah mesra bersama penuntut sempena Majlis Penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah­an Pasukan (KSPPP) Siri 19/2016 di Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) Tentera Darat dekat Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Ahmad Hasbullah (lima kanan) beramah mesra bersama penuntut sempena Majlis Penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintah­an Pasukan (KSPPP) Siri 19/2016 di Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) Tentera Darat dekat Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia