Utusan Borneo (Sarawak)

RAS tidak gugat perunding kewangan swasta: KWSP

-

BANGI: Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya meliputi maklumat asas sebagai panduan kepada ahlinya dalam menguruska­n simpanan persaraan mereka dan tidak menjejaska­n perniagaan perunding kewangan swasta.

Pegawai RAS cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang Wan Nur Hafizah Chik Wan Ismail berkata perkhidmat­an berkenaan yang diberikan secara percuma kepada ahli KWSP tidak menyediaka­n l aporan perancanga­n kewangan atau persaraan penuh seperti yang disediakan oleh perunding kewangan swasta.

Kata beliau, perkhidmat­an berkenaan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan ahlinya tentang kepentinga­n mempunyai perancanga­n persaraan.

“Kami tidak menyediaka­n l aporan perancanga­n kewangan ataupun persaraan penuh. Hanya nasihat asas untuk perancanga­n kewangan dan persaraan yang rata-rata ahli tidak tahu dan tidak sedar pun akan kepentinga­nnya,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini barubaru ini.

Wan Nur Hafizah berkata RAS diwujudkan atas keprihatin­an KWSP terhadap fakta dan perangkaan yang menunjukka­n bahawa 65 peratus daripada ahlinya yang telah mencapai umur 54 tahun mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah.

“K e b a n y a k a n a h l i menghabisk­an simpanan KWSP dalam jangka masa tiga hingga lima tahun sedangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia pula semakin meningkat,” katanya.

Wan Nur Hafizah berkata objektif RAS diwujudkan adalah untuk meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n pencarum KWSP tentang kepentinga­n perancanga­n p e r s a r a a n s e b e l u m pengeluara­n simpanan dibuat.

“Kami nak bagi nasihat sebelum pengeluara­n dibuat supaya mereka ada satu keputusan yang terbaik yang kami panggil ‘ informed decision’ iaitu bagaimana untuk menguruska­n simpanan persaraan mereka nanti,” katanya.

Beliau berkata bagi ahli KWSP yang berumur 35 tahun ke bawah, khidmat nasihat yang diberikan pegawai RAS adalah lebih tertumpu kepada perancanga­n kewangan serta sasaran simpanan menjelang umur persaraan.

Bagi ahli yang berumur melebihi 35 tahun, khidmat nasihat adalah lebih tertumpu kepada pengurusan simpanan persaraan agar mampu bertahan lama serta boleh membiayai kos sara hidup selepas bersara, katanya.

Katanya selain khidmat n a s i h a t p e r a n c a n g a n kewangan dan persaraan, p e g a w a i R A S j u g a memberikan khidmat nasihat berkaitan produk KWSP selain memberikan panduan untuk berurusan dengan agensi yang berkaitan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia