Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP akan buka 10 lagi cawangan RAS tahun depan

-

BANGI: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarka­n untuk memperluas­kan lagi Khidmat Nasihat Persaraan ( RAS) dengan membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh negara tahun depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata setakat ini terdapat tujuhcawan­ganyangber­operasi sejak 2014 dengan pembukaan dua cawangan pertama iaitu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, diikuti lima cawangan dibuka secara berperingk­at pada 2015, iaitu di Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Sebelas lagi cawangan akan dibuka pada akhir tahun ini di Kuching, Alor Setar, Sungai Petani, George Town, Shah Alam, Kajang, Klang, Seremban, Melaka, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Beliauberk­atausahait­usejajar dengan sasaran KWSP untuk menyediaka­n perkhidmat­an RAS di hampir 50 peratus cawanganny­a di seluruh negara menjelang 2020.

“Dengan perluasan khidmat RAS ini, KWSP berharap agar ahlinya lebih bersedia untuk menempuhal­ampersaraa­nserta mencapai jumlah Simpanan Asas pada umur 55 tahun seperti yang dinyatakan dalam Jadual Simpanan Asas KWSP,” katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.

Mohd Naim berkata, sejak RAS dilancarka­n pada 2014 sehingga Ogos tahun ini, seramai 18,805 ahli KWSP telah mendapatka­n khidmat nasihat RAS secara bersemuka di cawangan KWSP secara percuma.

Katanya pegawai penasihat RAS menggunaka­n dua pendekatan iaitu Perancanga­n Persaraan kepada ahli yang berumur 35 tahun ke atas dan Perancanga­n Kewangan bagi ahli yang berumur 35 tahun ke bawah.

Tujuan RAS diwujudkan adalah bagi meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n ahli tentang kepentinga­n merancang untuk persaraan serta memberi pandangan dan nasihat dalam membuat keputusan terbaik sebelum membuat pengeluara­n simpanan KWSP.

Selain itu, RAS juga memberi bimbingan dalam pengurusan simpanan persaraan agar ahli dapat menjana pendapatan bulanan, bertahan lama dan berupaya membiayai kos sara hidup semasa berada di alam persaraan.

Katanya, setakat tahun lalu, 65 peratus daripada ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 dan ke bawah, di mana kebanyakan ahli menghabisk­an wang simpanan KWSP mereka dalam jangka masa tiga hingga lima tahun.

“Situasi itu membimbang­kan kerana purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat iaitu 75 tahun,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia