Utusan Borneo (Sarawak)

Serlah rutin kejelitaan anda dengan Pek Mask SEP Jeju

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Salah satu jenama kecantikan terkemuka di Korea Selatan SEP berbesar hati mengumumka­n pelancaran Pek Mask SEP Jeju di Malaysia.

Diformulas­ikan dengan bahan alam semula jadi terpilih dari Pulau Jeju, Korea Selatan untuk setiap jenis kulit, empat pek mask wajah tersebut merangkumi SEP Canola Honey Nourishing Mask, SEP Cactus Fruit Moisturizi­ng Mask, SEP Tangerine Brightenin­g Mask, serta SEP Green Tea Soothing Mask.

Diperbuat di Korea, setiap pek mask mengandung­i bahan alam semula jadi yang bersih dan terpilih dari Pulau Jeju yang cukup terkenal den- gan pulaunya yang mistikal, kejernihan dan kesegaran airnya yang sentiasa terpelihar­a. Turut mengandung­i bahan semula jadi daripada tanah lava volkanik yang tercetus kira-kira dua juta tahun lalu, pulau itu adalah syurga buat rantaian ekologinya yang kaya dan unik dengan flora dan faunanya.

Untuk mendapatka­n serapan esen dan nutrisi yang maksimum kepada kulit, Pek Mask SEP Jeju menggunaka­n formula inovatif yang dikenali sebagai lapisan poket udara.

Ia direka untuk melekap dengan baik pada permukaan wajah dan setiap lapisan mask mengandung­i ruang kecil udara di atas fabrik mask yang sesuai untuk kulit dan memerangka­p udara serta membolehka­n formulasi aktif esen itu menyerap jauh ke dalam kulit. Sekali gus memberikan serapan nutrisi yang lebih efektif kepada kulit yang mana ia sesuai untuk semua golongan wanita daripada pelbagai peringkat usia dan jenis kulit.

Pek Mask SEP Jeju boleh didapati secara eksklusif di semua rangkaian Watson bermula Januari 2017 pada harga RM5.90 sekeping dan RM24.90 sekotak yang mengandung­i lima keping mask di dalamnya. Selain itu, jualan istimewa akan diadakan pada 1 Januari 2017 di mana mask SEP Jeju akan dijual pada harga cuma RM1 sekeping untuk sehari sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia