Utusan Borneo (Sarawak)

FTA dengan Iran diteruskan menjelang hujung Jan 2017

-

KLANG: Malaysia dijangka akan meneruskan rundingan perjanjian perdaganga­n bebas ( FTA) dengan Iran pada penghujung Januari tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata memandangk­an Iran mempunyai seramai 82 juta penduduk, FTA merupakan langkah yang terbaik dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing kerana ia akan memberikan peluang penembusan yang besar kepada produk Malaysia, khususnya getah dan kelapa sawit.

“Kami akan melawat Iran pada penghujung Januari tahun depan dan akan cuba berunding untuk memasukkan lebih banyak produk Malaysia ke dalam negera itu,” katanya kepada sidang akhbar selepas melawat Lee Swee Kiat Group Bhd di sini semalam.

Katanya, Iran merupakan negara kedua terbesar di Timur Tengah selepas Arab Saudi dan FTA dua hala ini akan membolehka­n Malaysia mencapai kelebihan sebagai penggerak utama.

Malaysia mengekspor­t barangan bernilai RM1.5 juta ke Iran pada tahun 2015 dan jumlah itu dijangka mencecah RM1.6 juta tahun ini, katanya, sambil menambah bahawa FTA tersebut menyediaka­n potensi yang tinggi pada masa akan datang kepada produk katil dan perabot Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia