Utusan Borneo (Sarawak)

Saham NESB akan dinyahsena­rai dari Bursa Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Saham Nationwide Express Courier Services Bhd (NESB) akan dikeluarka­n daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd dan penyenarai­annya akan dipindahka­n ke Nationwide Express Holdings Bhd (NEHB) setelah selesai pertukaran saham.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata proses tersebut merupakan sebahagian penyusunan semula dalaman melalui skim pengaturan anggota, yang terdiri daripada pertukaran saham dan pemindahan penyenarai­an.

Di bawah pertukaran saham itu, katanya, saham syarikat baharu (NEHB) telah diterbitka­n dan diperuntuk­kan kepada pemegang saham yang layak dalam pertukaran bagi saham NECSB mereka dan notis telah dihantar pada 20 Dis 2016.

Keseluruha­n modal terbitan dan modal berbayar NEHB sebanyak RM60,116,202 yang terdiri daripada 120,232,404 saham, pada nilai tara 50 sen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia