Utusan Borneo (Sarawak)

FGV sedar keutamaan pelaburan pemegang saham

Respons kepada KWSP yang mahu lepas pegangan saham

-

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd ( FGV) berkata ia menghormat­i pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli atau menjual saham mereka mengikut keutamaan pelaburan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata pengeluar minyak sawit itu akan terus menumpukan kepada perniagaan terasnya, meningkatk­an produktivi­ti aset sedia ada dan menjual aset bukan teras untuk memberi pulangan kepada pemegang sahamnya.

“Kami akan terus melakukan ini selain mematuhi prosedur tadbir urus yang berkaitan secara telus dan bertanggun­gjawab.

“Kami teguh dengan komitmen kami untuk membuka potensi penuh kami dan membawa nilai kepada pemegang saham FGV,” katanya dalam kenyataan semalam, sebagai respons kepada langkah yang diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melepaskan pegangan sahamnya dalam FGV.

Pada Khamis, dana persaraan itu berkata ia tidak lagi memegang apa-apa kepentinga­n saham dalam FGV memandangk­an ia memberi jaminan kepada ahlinya bahawa ia mengamalka­n tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan peruntukan aset strategik.

KWSP berkata ia memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya dalam kumpulan itu.

Dana persaraan itu turut mengesahka­n pinjaman RM6.5 bilion yang diambil oleh Felda Holdings Bhd tidak mempunyai sebarang tunggakan dan meneruskan pinjaman mengikut terma dan syarat yang dipersetuj­ui.

Zakaria berkata FGV akan terus berurusan dengan KWSP dan komuniti pelabur untuk memaklumka­n perkembang­an terkini mengenai kemajuan perniagaan­nya.

“Kami bersama KWSP menggesa pihak berkepenti­ngan kami dan orang ramai pada umumnya, untuk merujuk soalan mereka secara terus kepada organisasi yang berkenaan dan tidak dikeliruka­n oleh media sosial dan sumber dalam talian tidak berasas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia