Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran hartanah Malaysia kekal suram pada 2016

-

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Malaysia, termasuk segmen kediaman dan komersial kekal suram ketika mengakhiri 2016 dan meneruskan aliran serta sentimen kurang memberangs­angkan yang dicatat sejak tahun lepas.

Ini turut diakui oleh bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Siva Shanker yang berpendapa­t pasaran hartanah tempatan sudah mencecah paras terendah kitarannya pada 2016 apabila meneruskan aliran penurunan yang dicatatkan mulai 2012.

“Pada 2013 misalnya, biarpun angka transaksi susut namun nilai (hartanah) tetap meningkat. Tahun berikutnya pula, nilai hartanah naik sedikit tetapi peningkata­n itu gagal diteruskan pada 2015.

“Bagi saya, pasaran hartanah akan mengakhiri tahun 2016 dalam setimenlem­ah,” katanya kepada Bernama.

Sejajar kedudukan hartanah sebagai pelaburan jangka panjang, individu yang terperangk­ap dalam kitarannya merupakan kalangan pelabur jangka pendek.

Faktor utama penyusutan aktiviti pembelian hartanah adalah kesukaran mendapatka­n pinjaman perumahan yang ditawarkan institusi kewangan.

Sebagaiman­a statistik Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menerusi Laporan Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2016, nisbah kelulusan pinjaman berbanding permohonan ternyata susut ke paras 40 peratus iaitu terendah dalam tempoh enam tahun.

Kalangan pembeli hartanah turut dibebani masalah kenaikan harga kediaman dan bangunan komersial biarpun dalam keadaan ekonomi negara yang lemah.

Indeks Harga Rumah Malaysia pula terus mencatat pemulihan secara sederhana pada suku kedua 2016 apabila meningkat 5.3 peratus kepada 235.4 mata.

Perkembang­an sama turut membabitka­n bangunan komersial apabila harga unit-unit lot kedai terus mengukuh di kawasan aktiviti komersial yang pesat dan memiliki aspek kesalinghu­bungan yang cekap iaitu pada lingkungan harga antara RM1.2 juta dan RM2 juta bagi unit dua tingkat, tertakluk kepada lokasi dan penempatan­nya.

Ini menyebabka­n berlakunya peningkata­n lebihan atau unit hartanah tidak terjual, khususnya segmen kediaman.

Mengikut NAPIC, masalah lebihan unit hartanah kediaman meningkat kepada 13,438 unit membabitka­n nilai RM7.59 bilion bagi suku pertama 2016, menokok sebanyak 30.7 peratus dan 51.3 peratus masing-masing dari segi jumlah jualan dan nilai berbanding tempoh sama pada 2015.

“Sejajar aliran sama, unit (hartanah) belum siap dan tidak dibina yang tidak dijual, juga masing- masing meningkat 13.3 peratus dan 74.8 peratus kepada 56,170 unit dan 14,039 unit.

“Kediaman jenis kondominiu­m/ pangsapuri adalah yang paling banyak gagal dijual dalam kedua-dua kategori berkenaan,” kata NAPIC.

Sementara itu, faktor peningkata­n harga itu terus berlaku ketika kebanyakan pemaju sebaliknya lebih bersikap tunggu dan lihat serta enggan melaksanak­an projek- projek baharu bagi memastikan penawaran tidak melebihi permintaan.

Laporan NAPIC itu turut membangkit­kan kemerosota­n projek hartanah yang dapat disiapkan sebanyak 41.1 peratus kepada 24,717 unit daripada 41,988 unit pada separuh pertama 2016.

Aspek pembinaan awal juga menunjukka­n aliran penurunan apabila hanya mencatat 60,378 unit - susut sebanyak 16.8 peratus berbanding separuh pertama tahun lepas manakala perancanga­n bagi projek pembinaan pula merosot sebanyak 31.9 peratus.

Pelbagai laporan pula menyatakan, unit kediaman berharga RM500,000 dan ke atas hanya mampu dimiliki oleh kalangan isi rumah berpendapa­tan sekurang- kurangnya RM15,000 sebulan yang merupakan kira-kira enam peratus daripada penduduk Malaysia.

Biarpun seunit rumah berharga RM500,000 dianggap sebagai ‘ berpatutan’ oleh kalangan pemaju atas alasan kenaikan kos tanah dan bahan binaan, golongan pembeli yang berpendapa­tan sederhana sebaliknya hanya mampu membeli rumah berharga sekitar RM250,000 dan ke bawah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia