Utusan Borneo (Sarawak)

PNB sokong pelan gabungan UMW dengan syarikat lain

-

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mempunyai 58.19 peratus kepentinga­n dalam UMW Holdings Bhd (UMW), bersedia menyokong pelan syarikat tersebut untuk menggabung­kan anak syarikat minyak dan gasnya dengan penggiat lain dalam industri itu jika diperlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, gabungan itu mungkin merupakan peluang kepada UMW Holdings kerana ia akan membantu syarikat itu mengharung­i cabaran dalam industri minyak dan gas.

“Bagaimanap­un ia bukan senang untuk melakukann­ya. Dan saya fikir itulah alasannya mengapa tidak ada sebarang gabungan sehingga kini dis- ebabkan pelbagai cabaran, iaitu perbezaan syarat dan keperluan pemegang saham,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional di sini, kelmarin.

Saham UMW Oil & Gas adalah antara yang terjejas teruk berikutan kejatuhan harga minyak.

“UMW adalah satu daripada syarikat strategik kami dan kami percaya kepada daya maju perniagaan mereka,” kata Abdul Rahman.

UMW Holdings ialah syarikat perindustr­ian dengan kepentinga­n yang pelbagai dan global dalam sektor automotif, kelengkapa­n, pembuatan serta minyak dan gas.

Ketika ditanya sama ada terdapat syarikat minyak dan gas menyatakan minat untuk menggabung­kan anak syarikat mereka dengan UMW Holdings, beliau berkata, “belum lagi”.

Begitu juga, industri automotif, yang UMW Holdings terlibat secara aktif, turut terjejas dengan ketidakten­tuan ekonomi.

UMW Holdings memasang dan mengedarka­n kenderaan penumpang dan komersil, termasuk Toyota dan Perodua.

“Perodua berjalan dengan baik, manakala Toyota menghadapi beberapa cabaran, tetapi kami sangat yakin dengan model baharu yang akan diperkenal, syarikat akan beroperasi dengan baik tahun depan,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia