Utusan Borneo (Sarawak)

MPay, Credit China meterai M0U kerjasama penyelesai­an Fintech

-

KUALA LUMPUR: Managepay Systems Bhd (MPay) memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan Credit China FinTech Holdings Ltd bagi menjalin kerjasama perkhidmat­an dan penyelesai­an teknologi kewangan (fintech).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin, MPay berkata kerjasama itu menumpukan aspek pembiayaan rakan setara (P2P), titik jualan mudah alih serta perniagaan e-perniagaan.

Credit China merupakan sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Hong Kong dan mena- warkan perkhidmat­an fintech bersepadu untuk perusahaan kecil dan sederhana serta individu China menerusi internet dan internet mudah alih.

Perkhidmat­an itu termasuk pembayaran oleh pihak ketiga, pinjaman P2P dan platform pelaburan serta platform pembayaran mudah alih, kata kenyataan itu.

“Fasa awal kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada usaha penawaran produk dan perkhidmat­an di Malaysia yang pada akhirnya akan diperluask­an ke negara-negara Asia Tenggara.

“Kedua- dua syarikat berhasrat untuk memuktamad­kan jalinan kerjasama yang tidak hanya sebagai ‘vendor/pembeli’ tetapi juga berpotensi menjadi usaha sama ekuiti tertakluk kepada pematuhan peraturan dan undang-undang tempatan,” kata MPay.

Syarikat itu juga menjangkak­an usaha sama itu dapat membuahkan hasil berikutan profil Credit China yang berpengala­man luas dalam sektor fintech manakala MPay pula memiliki pelbagai lesen operasi di Malaysia seperti pinjaman dalam talian, e-duit dan kutipan wang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia