Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif data raya StatsBDA pertingkat nilai perkhidmat­an awam

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia akan memulakan inisiatif Statistik Analisis Data Raya (StatsBDA) sejajar pelaksanaa­n Analisis Data Raya (BDA) yang berpotensi memodenkan kaedah pengeluara­n maklumat berkualiti serta berwibawa seiring keperluan agenda transforma­si negara.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Daatuk Dr Abdul Rahman Hasan berkata selain meningkatk­an nilai perkhidmat­an awam, ia juga bagi menyahut hasrat ke arah Kerajaan Digital pada 2020 selain membolehka­n kerajaan memanfaatk­an data komprehens­if itu bagi usaha penggubala­n polisi lebih mampan.

“Pembanguna­n projek StatsBDA Jabatan Perangkaan yang dilaksanak­an bersama Telekom Malaysia Bhd ini akan menyaksika­n perubahan proses generik bisnes statistik daripada pendekatan konvension­al kepada kaedah moden yang lebih komprehens­if. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia