Utusan Borneo (Sarawak)

Satu dakwaan ke atas wartawan Belanda digugurkan

-

BANDAR PANAMA: Seorang wartawan Belanda dipenjarak­an di Panama bagi beberapa tuduhan libel atau fitnah bertulis di mana salah satu daripadany­a telah digugurkan kelmarin kerana tiada bukti yang mencukupi untuk melakukan pendakwaan.

Namun Okke Ornstein, yang ditangkap pada 15 November ketika dia tiba di negara Amerika Tengah tersebut, di mana dia menetap, masih dipenjarak­an sementara menunggu keputusan bagi tuduhan lain terhadap dia.

Menurut keputusan hakim, tiada asas untuk meneruskan saman jenayah bermula pada 2007 selepas Claide Lowell menyatakan dia telah difitnah oleh Ornstein, yang menguruska­n sebuah laman sesawang bernama Bananama Republic.

Ornstein masih lagi berisiko bagi hukuman penjara sehingga 20 bulan sekiranya disabitkan bagi tuduhan fitnah lain berasal daripada aduan dilakukan pada 2011 dan 2012 oleh seorang rakyat Kanada yang menetap di Panama, Monte Friesner.

Penahanan wartawan tersebut dan kemungkina­n pengurunga­n sekiranya disabitkan telah dikecam oleh kumpulan hak asasi media.

Transparen­cy Interna- tional, sebuah organisasi antirasuah yang berpusat di Berlin, pada bulan ini telah mencabar dakwaan terhadap Ornstein sebagai dilakukan bertentang­an dengan kebebasan bersuara.

Pada Selasa lepas, kerajaan telah mengemukak­an satu senarai bagi 313 orang banduan dan tahanan yang ia cadangkan untuk menerima pengurunga­n hukuman. Di antara nama-nama tersebut adalah nama Ornstein.

Presiden Juan Carlos Varela akan memutuskan dalam masa beberapa hari akan datang sama ada untuk menerima cadangan itu atau membenarka­n bagi pengampuna­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia