Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Australia dakwa lelaki bagi kes bunuh lebih 20 tahun

-

SYDNEY: Semalam pihak polis Australia telah mendakwa seorang lelaki berusia 48 tahun atas pembunuhan dua orang wanita lebih 20 tahun lepas di bandar Perth, menamatkan siasatan berterusan paling lama di negara ini mengenai satu pembunuhan bersiri.

Bradley Edwards didakwa kerana membunuh Jane Rimmer, berusia 23 tahun yang mana mayatnya telah ditemui pada 1996, dan Ciara Glennon, seorang peguam berusia 27 tahun. Kedua-duanya telah hilang, dengan jarak masa selama enam bulan dari sebuah subbandar terkenal di bandar utama Perth.

Edwards tidak didakwa berhubung kehilangan seorang wanita ketiga, Sarah Spiers, 18 tahun, yang turut hilang di subbandar Claremont di Perth pada Januari 1996. Pihak polis mengesyaki beliau adalah mangsa kepada pelaku yang sama namun mayatnya tidak pernah ditemui.

“Jenayah ini telah mengejutka­n orang ramai di Australia Barat,” menurut Pesuruhjay­a bagi Polis Australia Barat Karl O’Callaghan.

Di sebalik penubuhan sebuah pasukan petugas yang berdedikas­i dikenali sebagai Operasi Makro, pihak polis tidak dapat menyelesai­an kes dalam masa lebih dari dua dekad.

Namun tidak seperti kes-kes yang belum diselesaik­an di mana siasatan mungkin ditangguhk­an, kepentinga­n orang awam dan politik utama di samping dengan satu siri petunjuk memastikan siasatan ‘pembunuhan Claremont’ dilakukan.

“Operasi Makro telah menjadi satu badan kerja besar-besaran melibatkan ribuan bagi tindakan siasatan. Komitmen daripada polis Australia Barat dan anggotanya tidak pernah diketepika­n. Kami tidak pernah berputus asa,” menurut O’Callaghan.

Industri teksi di Australia Barat menjadi satu kawasan tumpuan bagi siasatan selepas kesemua tiga orang mangsa dilihat meninggalk­an kelab malam yang menggunaka­n pengangkut­an tersebut untuk pulang.

Ribuan sampel DNA telah diambil, ramai daripadany­a adalah milik pemandu teksi berlesen.

Pembunuhan tiga orang wanita muda telah memberikan gelombang kejutan di seluruh negeri.

“Penduduk berasa takut dengannya. Terdapat usaha besar dilakukan bukan sahaja untuk mendapatka­n CCTV malah maklumat keselamata­n bagi semua di sekeliling kawasan tersebut,” Alannah MacTiernan, bekas ahli politik negeri Australia Barat, memberitah­u Reuters. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia