Utusan Borneo (Sarawak)

Militan Hutu bunuh 13 etnik Nande

-

GOMA: Seramai 13 orang anggota komuniti etnik Nande telah terbunuh kelmarin dalam satu serangan ke atas sebuah kampung oleh anggota militan Hutu di wilayah timur bermasalah di Republik Demokratik Kongo (DRC), menurut pihak berkuasa.

Anggota militia “telah membunuh 13 orang, menggunaka­n parang atau senjata. Semua mangsa adalah penduduk Nande,” Alphonse Mahano, seorang pegawai tempatan, memberitah­u AFP.

Pertumpaha­n darah berlaku di kampung Bwalanda, 80 kilometer di utara bandar utama wilayah Goma.

Ketegangan antara penduduk Nande dan Hutu telah meningkat di wilayah timur terpencil DRC, digegarkan dengan pertempura­n selama dua dekad melibatkan tanah, ketegangan etnik dan kekayaan mineral.

Pada 27 November, militia Nande telah membunuh sekurang-kurangnya 34 orang awam di kampung Hutu di Luhanga, menurut kepada pihak berkuasa tempatan.

Nande menuduh penduduk Hutu Kongo sebagai bersubahat dengan kumpulan pemberonta­k Rwanda FDLR.

Manakala, pihak Hutu, menyatakan mereka sedang mencari tanah di mana mereka boleh tinggal dan mempunyai ladang serta menuduh pihak Nande sebagai cuba untuk menghalau mereka. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia