Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang Los Angeles kelam-kabut garagara cuaca, musim cuti

- Muka

LOS ANGELES: Lebih daripada 200 penerbanga­n telah dibatalkan atau ditangguhk­an kelmarin di Lapangan Terbang Antarabang­sa Los Angeles, salah satu daripada lapangan terbang paling sibuk di negara ini, disebabkan oleh keadaan cuaca buruk dan kesesakan lalu lintas ketika musim cuti, menurut pihak lapangan terbang.

Jurucakap lapangan terbang Katherine Alvarado menyatakan 174 penerbanga­n telah ditangguhk­an dan 55 lagi di- batalkan, termasuk beberapa lagi dari luar negara, sejak dua jenis ribut melanda wilayah tersebut pada Rabu lepas.

Beliau menyatakan tempoh kemuncak bagi perjalanan telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di la- pangan terbang ketiga paling sibuk di Amerika Syarikat, di mana 4.3 juta orang dijangka akan datang sepanjang tempoh musim cuti ini.

“Lapangan terbang berada dalam keadaan sangat penuh,” Alvarado memberitah­u AFP.

Ribut hujan dan angin kuat telah memaksa pihak berkuasa untuk mengalih pesawat ke timur, menurut pihak berkuasa, menyumbang kepada keadaan yang perlahan.

Keadaan bertambah buruk apabila pada Rabu lepas, salah satu daripada hari yang paling sibuk ketika musim cuti, tiga buah beg yang tidak diperiksa telah menyebabka­n kekecohan dan para penumpang telah diarahkan keluar dari tiga buah terminal.

Alvarado telah menasi- hatkan para pelancong agar memeriksa penerbanga­n mereka sebelum menuju ke lapangan terbang dan sampai di atas lebih awal bagi melalui barisan keselamata­n dan pemeriksaa­n yang panjang. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SESAK: Para pelancong menunggu giliran di ruang pemeriksaa­n di Lapangan Terbang Los Angeles, California kelmarin.
— Gambar AFP SESAK: Para pelancong menunggu giliran di ruang pemeriksaa­n di Lapangan Terbang Los Angeles, California kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia