Utusan Borneo (Sarawak)

Panama beri amaran pada penerima rasuah Odebrecht

Odebrecht bayar rasuah luar negara paling besar di dunia

-

BANDAR PANAMA: Kerajaan Panama kelmarin memberi amaran hukuman tegas ke atas kakitangan awam yang mengambil mana-mana wang rasuah berjumlah lebih daripada $59 juta yang dibayar oleh syarikat pembinaan Brazil Odebrecht sebagai pulangan untuk mendapatka­n kontrak.

Deklarasi oleh pihak pentadbira­n Presiden Juan Carlos Varela muncul sehari selepas pihak berkuasa A menyatakan Odebrecht dan syarikat cawangan petrokimia­nya Braskem telah bersetuju untuk membayar sejumlah $3.5 bilion dalam ‘resolusi rasuah luar negara yang paling besar di dunia’.

Konglomera­t Odebrecht telah mengaku bersalah kerana merasuah pegawai kerajaan dan parti politik dengan jumlah $788 juta bagi mendapatka­n urus niaga di tiga buah benua – kebanyakan­nya di Brazil, namun juga di 11 buah negara lain di Amerika Latin dan Afrika.

Di bawah perjanjian rayuan, Brazil akan menerima 80 peratus daripada denda dari Odebrecht, sementara Amerika Syarikat dan Switzerlan­d akan mengumpulk­an 10 peratus setiap pihak.

Pejabat Varela menyatakan ia ‘ menyokong sepenuhnya’ siasatan oleh pihak pendakwa raya di Panama untuk mendakwa dan menyekat ‘beberapa buah syarikat dan orang yang terlibat dalam tindakan ini’.

Seorang pegawai kerajaan Panama yang berpangkat tinggi terlibat dalam kerja- kerja infrastruk­tur telah dikatakan terlibat dalam kegiatan rasuah, namun dokumen yang dikeluarka­n setakat ini tidak menyatakan nama-nama.

Odebrecht telah menerima lebih dari $175 juta dalam bentuk keuntungan dari kontrak yang diperolehi di Panama, kebanyakan­nya telah diberikan di bawah kerajaan bekas presiden Ricardo Martinelli, yang sekarang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Kerajaan Varela telah meminta Martinelli diekstradi­sikan bagi berdepan dengan tuduhan bahawa beliau telah mengintip lawannya, dan berkaitan dengan rasuah. Beberapa orang menteri Martinelli telah dipenjarak­an. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KONTROVERS­I: Kelihatan Ibu pejabat Odebrecht SA di Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini.
— Gambar Reuters KONTROVERS­I: Kelihatan Ibu pejabat Odebrecht SA di Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Reuters ?? RESOLUSI RASUAH: Adriano Sa De Seixas Maia, pembantu peguambela di Odebrecht, keluar dari mahkamah persekutua­n selepas Odebrecht dan syarikat petrokimia Braskem telah bersetuju untuk membayar sejumlah $3.5 bilion dalam ‘resolusi rasuah luar negara yang...
— Gambar Reuters RESOLUSI RASUAH: Adriano Sa De Seixas Maia, pembantu peguambela di Odebrecht, keluar dari mahkamah persekutua­n selepas Odebrecht dan syarikat petrokimia Braskem telah bersetuju untuk membayar sejumlah $3.5 bilion dalam ‘resolusi rasuah luar negara yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia