Utusan Borneo (Sarawak)

PULAPOL KUCHING KALI PERTAMA JADI PUSAT LATIHAN PTD

-

KUCHING: Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching dipilih buat pertama kalinya sebagai tempat latihan bagi kadet pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dari seluruh negara.

Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Dato Shamsiah Mohd Shariff berkata, latihan bagi modul ketenteram­an awam ini melibatkan seramai 384 kadet PTD yang dibahagika­n kepada tujuh siri bermula November lepas hingga Mei 2017.

“Ini merupakan kali pertama latihan modul ketenteram­an awam bagi kadet PTD dilaksana di PULAPOL Kuching dan kedua di Malaysia Timur.

“Tujuan latihan ini memberi pendedahan kepada peranan dan fungsi jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kalangan PTD serta meningkatk­an kefahaman mereka mengenai aspek undangunda­ng berkaitan,” katanya.

Beliau yakin latihan berkenaan akan berjaya membentuk disiplin serta meningkatk­an pemahaman mereka terhadap bidang kuasa pihak berkuasa dalam melaksanak­an tugas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam (INTAN)-Kadet PTD Modul Pengurusan Ketenteram­an Awam (Polis), Kumpulan 1 Siri 2/2016 di Dewan Santubong PULAPOL di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis penutupan itu semalam, Komandan PULAPOL Kuching, SAC Azman Salim serta peserta bagi Kumpulan 1/Siri 2 2016 seramai 63 orang.

Di bawah modul ini, para kadet PTD diberikan pendedahan dengan peranan dan fungsi jabatan PDRM serta undang-undang yang berkaitan termasuk jenayah siber, ancaman Daesh dan IS, ancaman dadah selain latihan jasmani, kawad dan senjata.

Sementara itu, Ketua Unit Subkluster Pembanguna­n Modal Insan INTAN Kampus Wilayah Sarawak, Hapiza Kamarozzam­an dalam ucapannya berkata sebelum ini latihan bagi modul ini dilaksanak­an di Maktab PDRM Kuala Kubu Baru sebelum dipindah ke Maktab PDRM di Cheras.

Bermula pada 2015, program DPA ini telah diperkukuh­kan dengan memperkena­lkan semula elemen Integrasi Nasional di mana Modul Pengurusan Ketenteram­an Awam ini dilaksanak­an di Kem PGA Batalion Ke-16, di Kinarut Sabah.

Pada tahun ini pula, Sarawak dipilih sebagai lokasi pelaksanaa­n program DPA dan PULAPOL Kuching telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaa­n modul ini.

“Semua latihan dilaksanak­an ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membentuk bakal pegawai yang berdisipli­n tinggi, berkeperib­adian unggul serta mempunyai ilmu pengetahua­n tentang ketenteram­an awam.

“Selain itu, kami juga berharap agar peserta dapat merasai sendiri menjadi seorang anggota polis dalam memikul amanah dan tang- gungjawab lebih-lebih lagi dalam situasi semasa negara dan dunia tanpa sempadan yang amat mencabar ini,” katanya.

Dalam pada itu, selain modul ketenteram­an awam peserta program DPA juga akan menjalani beberapa modul lagi antaranya program kolaborati­f strategik di jabatan/agensi persekutua­n di negeri ini dan modul pengurusan bencana bersama bomba.

Modul lain termasuk inisiatif transforma­si desa di Kampung Meranek dan Kampung Pangkalan Kuap dan modul orientasi pertahanan bersama tentera.

 ??  ?? TAHNIAH: Shamsiah (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di PULAPOL Kuching, semalam disaksikan Azman (kiri) dan Hapiza (kanan).
TAHNIAH: Shamsiah (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di PULAPOL Kuching, semalam disaksikan Azman (kiri) dan Hapiza (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia