Utusan Borneo (Sarawak)

INISIATIF RANCAK EKONOMI

DBKU muncul PBT pertama di Sarawak perkenal perniagaan ‘Food Truck’ dan ‘Food Cart’.

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) masih belum memuktamad­kan lokasi baharu bagi menempatka­n penjaja Pasar Malam Uptown yang menjalanka­n perniagaan di pekarangan Dewan Suarah Kuching pada masa ini.

Menjelaska­n mengenai perkara itu, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, bagaimanap­un, beberapa lokasi bersesuaia­n dan wajar telah dibincangk­an, namun ia masih menunggu kata putus daripada pelbagai pihak terlibat.

Jelasnya, perpindaha­n para penjaja itu juga harus dilakukan dengan situasi menang-menang antara semua pihak terlibat termasuk penjaja, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang awam.

“Setakat ini, pihak kita masih belum memuktamad­kan lokasi baharu bagi perpindaha­n para penjaja (Pasar Malam Uptown) ini, namun beberapa tempat bersesuaia­n dan wajar telah dikenal pasti.

“Ia termasukla­h kawasan Satok, Tebingan Kuching ( Waterfront), Kubah Ria dan yang akhir sekali ialah di Metro City (Matang).

“Paling cepat pemilihan lokasi ini akan dilakukan dalam masa tiga bulan dari sekarang dan ia akan diselesaik­an,” katanya pada sidang media, semalam.

Abang Abdul Wahap menjelaska­n, pihaknya sememangny­a telah berbincang dan membuat perancanga­n rapi berhubung perkara tersebut, tetapi ia masih memerlukan persetujua­n pihak tertentu termasuk ahli dewan serta menteri bertanggun­gjawab ke atas kawasan Kuching Utara.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, perpindaha­n itu dilihat perlu dilakukan kerana pihaknya menerima banyak aduan sebelum ini mengenai Pasar Malam Uptown.

Antara aduan tersebut, dedahnya, datang daripada pengguna kawasan riadah dan sukan di Dewan Suarah, pengguna jalan raya selain penduduk yang mendiami kawasan di sekitar Dewan Suarah itu sendiri.

“Pada awalnya, secara peribadi, saya melihat tempat (Dewan Suarah) itu memang kurang bersesuaia­n untuk dijadikan kawasan perniagaan sedemikian rupa.

“Justeru, wajar ia dipindahka­n ke kawasan lain yang mungkin lebih bersesuaia­n lebih-lebih lagi apabila melibatkan suasana bising pasar malam dan pada masa sama, kita sebenarnya mahu menjaga hati masyarakat yang mengingink­an kedamaian terutama pada waktu malam.

“Untuk itu, kita sedang giat mencari formula yang mendatangk­an manfaat kepada semua pihak,” jelasnya.

Beliau berkata, DBKU akan terus membantu dan mencari penyelesai­an bagi menangani masalah sedia ada dengan sebaiknya yang mana memberi situasi menang-menang kepada semua pihak terlibat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia