Utusan Borneo (Sarawak)

KELUAR BERSIAR-SIAR, KERETA DIPECAH MASUK

-

KUCHING: Dua beradik kerugian ribuan ringgit selepas kereta dipecah masuk ketika mereka keluar bersiar-siar di Jalan Green Hill di sini, tengah malam kelmarin.

Kedua-dua mangsa dikatakan meletakkan kereta berhampira­n sebuah premis hiburan di kawasan Green Hill sebelum kembali ke kereta dan terkejut melihat cermin kereta dipecah.

Dalam kejadian itu, sebuah beg milik mangsa lelaki dicuri dipercayai mengandung­i beg duit dan wang tunai di dalamnya serta beberapa barangan lain.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an tersebut baharu sahaja pulang daripada bercuti di luar negara, manakala tiada barangan milik adik perempuann­ya dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Kedua-dua mangsa membuat laporan polis di Pusat Sehenti Polis, Jalan Simpang Tiga di sini.

Dalam kes berasingan berlaku kirakira jam 2 petang semalam, seorang remaja berusia 17 tahun mengalami kecederaan di kaki kirinya selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Datuk Mohd Musa, dekat sini.

Kemalangan berlaku ekoran pelanggara­n antara motosikal yang ditunggang­i mangsa yang datang dari Muara Tuang menuju ke Kota Sentosa dan sebuah kereta.

Impak pelanggara­n itu menyebabka­n mangsa terjatuh dari motosikal dan tidak dapat bergerak.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutny­a.

 ??  ?? BERDERAI: Cermin kereta mangsa dipecah sebelum sebuah beg dilarikan pencuri.
BERDERAI: Cermin kereta mangsa dipecah sebelum sebuah beg dilarikan pencuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia