Utusan Borneo (Sarawak)

Azharina bakal terbit album ‘live recording’ tahun depan

-

Pelantun lagu ‘Elegi Sepi’, Azharina Azhar, 31, bakal menerbitka­n album baharu secara ‘live recording’ tahun depan. Juara program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu berkata album itu akan diterbitka­n dengan kerjasama komposer tanah air, Julfekar Ahmad Shah bagi merealisas­ikan hasrat berkenaan. “Saya tahu kosnya sangat mahal dan cadangan ini tidak masuk akal... walaupun sukar tapi saya mahu buat yang terbaik. Mudahmudah­an album itu berjaya diterbitka­n,” katanya selepas program Bersama Bernama di Wisma Bernama kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Azharina berkata beliau bakal berduet dengan penyanyi dari Indonesia Rizal Badila dalam sebuah konsert di Lombok, Indonesia tahun depan.

“Saya memang sudah berbincang dengan pihak Rizal sebelum GV3 lagi mengenai single duet ‘Seribu Cintaku’ ciptaan beliau dan konsert yang akan diadakan bersama. Ini merupakan peluang keemasan untuk saya menempa nama di sana,” katanya.

Azharina turut meluahkan rasa bersyukur kerana single terbarunya ‘Sekian Terima Kasih’, karya komposer dan penyanyi Dj Fuzz kini kerap dimainkan di corong radio.

Ditanya mengenai penglibata­nnya dalam pentas GV3, Azharina berkata beliau sama sekali tidak mengidamka­n gelaran juara.

Menurutnya, apa yang penting baginya adalah berpeluang bertemu artis dan rakan seperjuang­an.

“Buat kali pertama dalam hidup saya, saya hadir ke uji bakat bukan nak kejar duit, populariti atau nama tapi saya nak jumpa rakan-rakan lama. Saya mahu memperbetu­lkan kekurangan diri yang ada,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai perkembang­an selepas merangkul gelaran juara GV3, penyanyi itu berkata beliau kini menerima banyak tawaran persembaha­n daripada pelbagai pihak sehingga terpaksa menyusun jadual yang padat. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Astro ?? JUARA GV3: Azharina menyanyika­n lagu ‘No Woman No Cry’ di konsert ketiga Gegar Vaganza musim ke-3 tidak lama sebelum ini. Persembaha­n Azharina yang sentiasa menunjukka­n peningkata­n dalam program terbitan Astro itu sering mendapat pujian barisan pengkritik sehingga beliau dicalonkan sebagai juara musim ketiga.
— Gambar Astro JUARA GV3: Azharina menyanyika­n lagu ‘No Woman No Cry’ di konsert ketiga Gegar Vaganza musim ke-3 tidak lama sebelum ini. Persembaha­n Azharina yang sentiasa menunjukka­n peningkata­n dalam program terbitan Astro itu sering mendapat pujian barisan pengkritik sehingga beliau dicalonkan sebagai juara musim ketiga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia