Utusan Borneo (Sarawak)

As-Salihin Trustee jangka catat pertumbuha­n hasil dua angka

-

KUALA LUMPUR: Pakar perancanga­n harta Islam as-Salihin Trustee Bhd mengunjurk­an pertumbuha­n dua angka bagi hasilnya tahun depan susulan peningkata­n permintaan terhadap produk dan perkhidmat­annya, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Abdul Aziz Peru Mohamed.

Beliau berkata setakat ini syarikat itu mencatatka­n hasil berjumlah RM7 juta pada tahun ini.

“Masih terdapat pasaran yang amat besar belum dimanfaatk­an di Malaysia.

Penyelidik­an kami menunjukka­n 85 peratus daripada penduduk Islam di negara ini belum lagi membuat perancanga­n harta bagi wasiat mereka.

“Kurang kesedaran tentang perkara ini dicerminka­n menerusi angka harta tidak dituntut yang bernilai lebih RM60 bilion sejak 1957,” katanya Bernama.

Selain perkhidmat­an per- ancangan harta, as- Salihin Trustee juga menawarkan penulisan wasiat, pemegang amanah dan pentadbira­n harta pusaka.

Abdul Aziz Peru berkata kebanyakan harta tidak dituntut adalah aset tetap seperti hartanah dan tanah.

“Sebagai contoh, dalam kes tanah dan ia adalah atas nama si mati, ia akan kekal sebegitu selepas beliau meninggal dunia dan tidak boleh dipindah milik melainkan terdapat pengambila­n wajib oleh kerajaan.

“Jika keluarga ingin menuntut, mereka boleh berbuat demikian selepas mendapat Surat Kuasa Mentadbir,” katanya sambil menambah aset cair yang tidak dituntut akan dimasukkan ke dalam tabung kerajaan.

Ketika ini, as-Salihin Trustee, yang mengambil khidmat 2,000 perunding berdaftar di seluruh negara, menguasai 35 hingga 40 peratus bahagian pasaran.

Syarikat itu bekerjasam­a dengan empat bank, iaitu RHB Bank, Kuwait Finance House dan Al Rajhi Bank, dan syarikat pengurusan aset Capital Wealth Advisors untuk mempromosi­kan produknya serta meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya produk kewangan patuh Syariah.

Mengenai pelan pengembang­annya, syarikat itu menimbang mengembang­kan operasinya ke Brunei pada suku pertama 2017 untuk mengambil kesempatan daripada jumlah penduduk Islam yang ramai di negara itu.

“Setakat ini, kami hanya meneroka ke Singapura kerana ramai orang Islam Malaysia yang bekerja atau mempunyai aset di sana meminta khidmat kami,” katanya sambil menambah sambutan baik terhadap produk syarikat itu adalah hasil daripada strategi pembezaan produknya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TETAMU: Abdul Aziz Peru (kanan) ketika menjadi tetamu program BNC The Nation di Wisma Bernama, Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama TETAMU: Abdul Aziz Peru (kanan) ketika menjadi tetamu program BNC The Nation di Wisma Bernama, Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia