Utusan Borneo (Sarawak)

‘Cendol Abang Kacak’ jadi tumpuan di Ipoh

-

baharu beberapa jam saja memulakan operasi perniagaan, namun ‘Cendol Abang Kacak’ yang viral di laman sosial sejak Ahad lalu telah terjual lebih 100 mangkuk.

Menggunaka­n motosikal roda tiga, M. Kelvinraj memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalanka­n perniagaan Wawasan Cendol milik keluargany­a sejak setahun lalu.

“Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampira­n Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan.

“Saya sudah membantu keluarga menjual cendol ini sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal seperti baru-baru ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Ipoh.

Jejaka tampan berusia 18 tahun itu berkata pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 150 mangkuk dan bungkus cendol manakala pada hujung minggu pula angka itu bertambah kepada 300.

Jelas Kelvinraj, dia diberitahu oleh seorang sahabat bahawa perniagaan­nya menjadi perhatian ramai di laman sosial dan berharap melalui peluang ini, perniagaan cendolnya akan bertambah maju.

Menyimpan citacita untuk membantu bapanya membuka kedai menjual cendol suatu hari nanti, anak kedua daripada empat beradik itu berharap bukan hanya wajahnya menjadi bualan ramai, malah keenakan cendol hasil air tangan ibunya itu turut meniti dari bibir ke bibir.

“Saya rasa sedikit seronok apabila orang memuji kesungguha­n saya bekerja dan dalam masa yang sama saya harapkan keenakan cendol ini akan turut terkenal kerana ia lebih bermakna bagi saya,” katanya.

Kelvinraj berkata kebanyakan pelanggan setianya memberitah­u keistimewa­an cendolnya itu terletak pada rasa gula melaka serta santan asli.

“Mungkin ramai penjual cendol lain mencampurk­an gula melaka dengan gula pasir selain mencampurk­an santan dengan air kerana mahu jimat, namun resepi yang digunakan emak saya ini menggunaka­n seratus peratus gula melaka dan santan asli,” katanya.

Perniagaan Wawasan Cendol yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pelbagai pilihan cendol seperti cendol jagung, kacang dan pulut dengan harga lingkungan RM3 hingga RM4.50.

“Selalunya saya akan berniaga sekitar tiga hingga empat jam sehari iaitu dari 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang,” katanya.

Sementara itu, Afiq Naimuallah, 18, pelajar

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SEDAP: M. Kelvinraj menunjukka­n cendol di gerainya yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh.
— Gambar Bernama SEDAP: M. Kelvinraj menunjukka­n cendol di gerainya yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia