Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ditahan rancang serangan di pusat beli-belah di Jerman

-

Pihak berkuasa Jerman telah menahan dua orang saudara lelaki kerana disyaki merancang satu serangan ke atas salah satu daripada pusat beli-belah terbesar di negara ini, di bandar barat Oberhausen, menurut pihak polis semalam.

Dua orang lelaki itu, berusia 28 dan 31 tahun, berasal dari Kosovo, menurut pihak polis, empat hari selepas seorang pejuang jihad memandu se- buah trak ke arah sebuah pasar Krismas di Berlin mengorbank­an 12 orang.

Pihak penyiasat sedang cuba untuk menentukan apakah peringkat persediaan bagi rancangan tersebut dan sama ada terdapat orang lain yang terlibat, menurut pihak polis di bandar berhampira­n Essen dalam satu kenyataan.

Dimaklumka­n oleh perkhidmat­an perisikan, polis telah dihantar ke pusat beli-belah dan sebuah pasar Krismas berhampira­n pada lewat kelmarin, menurut mereka.

Pusat beli-belah yang disasarkan, CentrO, merupakan salah satu yang paling besar di Jerman dengan kira-kira 250 buah kedai yang selalunya sesak sebelum ketibaan Krismas.

Ia terletak di sebuah kilang perindustr­ian besi lama di Oberhausen di pusat be- kas perindustr­ian di lembah Ruhr.

Pihak polis masih memburu pelaku serangan pada Isnin lepas di salah sebuah dari pasar Krismas paling popular di Berlin, dipercayai seorang rakyat Tunisia berusia 24 tahun.

Kumpulan Islamic State telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan yang paling teruk pernah dilakukan di negara Jerman. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIINGATI: Dua orang wanita berada di dalam Kaiser-Wilhelm-Gedaechtni­skirche (Gereja Peringatan Kaiser Wilhelm) kelmarin untuk menandatan­gani buku takziah mangsa serangan pasar Krismas.
— Gambar AFP DIINGATI: Dua orang wanita berada di dalam Kaiser-Wilhelm-Gedaechtni­skirche (Gereja Peringatan Kaiser Wilhelm) kelmarin untuk menandatan­gani buku takziah mangsa serangan pasar Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia