Utusan Borneo (Sarawak)

ALUMNI SHOAW BUKTI JAGUH

Kuasai tiga teratas Kejohanan Futsal Inter Batch SMKAM & Jemputan 3.0

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Alumni SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) membuktika­n kejaguhan pada Kejohanan Futsal Inter Batch SMKAM & Jemputan 3.0 yang berakhir di Stadium Coneli, Jalan Matang semalam.

Ia selepas tiga pasukan mewakili SHOAW, Brotherhoo­d 99’, MPP Pispa FC dan SPM 2014 merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga pada pertanding­an tersebut.

Pada perlawanan akhir semalam, Brotherhoo­d 99’ menumpaska­n rakan sepasukan MPP Pispa FC dengan jaringan 4-1 untuk merangkul kejuaraan.

Sebanyak 17 pasukan mewakili empat alumni sekolah mengambil bahagian pada kejohanan anjuran Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKU Petra Jaya.

Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang ( SMKAM), SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi Adruce dan SK ST Joseph.

Presiden Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKU Petra Jaya, Jolhan Allis berkata pertanding­an itu dianjur untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SMKAM di seluruh negeri Sarawak.

Ia juga bertujuan mengeratka­n silaturahi­m di kalangan alumni sekolah-sekolah lain melalui sukan futsal.

“Pertanding­an ini juga dianjur sebagai memenuhi kalendar tahunan kelab selain bertujuan mencari dana keceriaan SMKAM,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada penaja yang telah menaja pertanding­an tersebut.

Pertanding­an ini juga dianjur sebagai memenuhi kalendar tahunan kelab selain bertujuan mencari dana keceriaan SMKAM.” Jolhan Allis Presiden Kelab Sukan & Rekreasi SAMAKU Petra Jaya

 ??  ??
 ?? — Gambar ihsan The ClubHouse ?? TAHNIAH: Ashley menerima hadiah dari Tunku Imran (kanan).
— Gambar ihsan The ClubHouse TAHNIAH: Ashley menerima hadiah dari Tunku Imran (kanan).
 ??  ?? KENANGAN: Pemenang meraikan kejayaan bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.
KENANGAN: Pemenang meraikan kejayaan bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia