Utusan Borneo (Sarawak)

10 keluarga hilang tempat berteduh

Kebakaran rumah sewa dua tingkat di Bintulu menjejaska­n 35 individu

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Seramai 35 orang daripada 10 keluarga hilang tempat tinggal setelah rumah sewa dua tingkat mereka diami ranap dalam kebakaran berlaku di Jalan Sultan Iskandar (hadapan Pejabat Jabatan Kerja Raya Bintulu) sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Menurut maklumat dikeluar jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, seramai 16 orang menggunaka­n sebuah jentera pemadam dan dua kenderaan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n kerja menyelamat mangsa serta memadam kebakaran.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, bomba mendapati api sedang marak memusnah bangunan dua tingkat jenis kekal itu dan memulakan kerja memadam serta mengawal kebakaran,” ujarnya.

Jelasnya, pihak bomba menggunaka­n dua aliran dan dua pancutan nozel bagi menggelakk­an api merebak

Sejurus sampai di lokasi kejadian, bomba mendapati api sedang marak memusnah bangunan dua tingkat jenis kekal itu dan memulakan kerja memadam serta mengawal kebakaran. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu

ke rumah berdekatan.

“Api marak dengan begitu cepat sekali kerana bangunan dua tingkat terbabit diperbuat sepenuhnya daripada kayu,” katanya.

Apabila ditanya mengenai punca serta anggaran kerugian yang dialami oleh setiap keluara, beliau sebagai berkata bahawa segalanya masih lagi dalam siasatan pihaknya serta pihak berwajip lainnya.

Mujurlah jelasnya kebakaran ini tidak mengakibat­kan sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa kerana kesemua penghuniny­a berjaya menyelamat­kan diri.

Katanya, difahamkan mangsa terjejas tinggal sementara di rumah sanaksauda­ra tinggal berhampira­n sementara mencari tempat tinggal yang baharu.

Bagi mana-mana individu ingin menghulurk­an bantuan buat mangsa terjejas boleh menghubung­i Lisa Nyegang di talian 019-8054487.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan rumah sewa dua tingkat yang musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu pagi semalam.
MUSNAH: Keadaan rumah sewa dua tingkat yang musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia