Utusan Borneo (Sarawak)

Empat sekeluarga maut dalam kemalangan di Tampin

-

TAMPIN: Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan TampinGema­s di sini.

Penguasa Kanan Bomba II daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata dalam kejadian jam 3.20 petang semalam, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta

Proton Persona yang dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentang­an.

“Yang maut ditempat ke- jadian adalah pemandu kereta itu yang berumur 37 dan seorang wanita berumur lingkungan 60 tahun, manakala dua daripada tiga bayi kembar setahun yang turut berada dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia di Hospital Tampin ketika mendapatka­n rawatan.

“Manakala pemandu Proton Persona pula patah kaki dan dirawat di hospital yang sama,” katanya kepada Bernama di sini.

Mangsa yang maut adalah Mohd Fadzil Jusoh, 37; Nazipah Chik, 60; dan dua anak Mohd Fadzil iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana, mas- ing-masing berusia setahun.

Manakala mangsa yang cedera ialah isteri dan anak Mohd Fadzil iaitu Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, dan Muhd Fahimi, setahun serta pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62.

Kesemua enam sekeluarga itu beralamat di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman, Terengganu.

Katanya pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 petang mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluark­an pemandu Proton Saga yang tersepit di tempat duduk pemandu. — Bernama

 ??  ?? PEMERIKSAA­N: Polis melakukan pemeriksaa­n ke atas van dijumpai diparkirka­n di Jalan Tan Sri.
PEMERIKSAA­N: Polis melakukan pemeriksaa­n ke atas van dijumpai diparkirka­n di Jalan Tan Sri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia