Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan dua lelaki kerana curi basikal dan memiliki barangan curi

-

TAMPIN: Polis menahan dua lelaki masing- masing berumur 27 dan 53 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri basikal dan memiliki barangan curi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan kelmarin di dua tempat berasingan di negeri ini, masing-masing di Rembau dan Seremban.

“Siasatan awal ke atas suspek pertama berumur 27 tahun itu, beliau mengaku terlibat dalam kes mencuri di beberapa tempat dalam kawasan Tampin bersama dua lagi rakannya yang masih bebas.

“Suspek juga memberitah­u basikal yang dicuri telah dijual kepada seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai barangan terpakai di Seremban dengan harga RM100 bagi setiap unit basikal,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah ke kedai berkenaan dan mendapati terdapat tujuh buah basikal jenis Mountain Bike, sebuah kerusi taman dan sebuah mesin

pemotong rumput di dalam kedai berkenaan.

“Soal siasat telah dilakukan terhadap suspek kedua dan beliau mengaku telah membeli tujuh buah basikal berkenaan dengan harga RM100 bagi setiap unit, sebuah kerusi taman dan sebuah mesin pemotong rumput dari dua orang lelaki,” katanya.

Hamazah berkata pihaknya percaya dengan tertangkap­nya kedua-dua suspek berkenaan, pihaknya berjaya menyelesai­kan kes-kes kecurian basikal di sekitar daerah ini.

Beliau bagaimanap­un berkata, usaha mengesan dua lagi rakan suspek masih giat dijalankan.

Kesemua barangan itu yang dianggarka­n berjumlah RM5,000 bagaimana pun dirampas dan keduadua lelaki itu kini ditahan reman empat hari bermula semalam.

Hamazah berkata bagi suspek pertama, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala suspek kedua disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia