Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kejadian kereta kabel Sky Way Genting putus: Polis

-

KUALA LUMPUR: Pihak polis semalam mengesahka­n tiada sebarang kejadian tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands yang dilapor mengorbank­an ramai orang seperti yang tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi Bernama berkata tiada sebarang kejadian berkenaan berlaku di pusat peranginan terkemuka itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahka­n pihaknya tidak menerima laporan seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook itu.

“Gambar yang diviralkan itu adalah gambar yang lama dan bukan kejadian baharu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Pahang Zainal Yusoff semalam turut menafikan dakwaan berlaku kejadian kabel kereta kabel terputus di pusat peranginan Genting Highlands seperti yang tersebar di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapatka­n pengesahan daripada pengurusan pusat peranginan itu yang kemudianny­a mengesahka­n kereta kabel itu berfungsi dengan baik dan tidak mengalami sebarang masalah.

“Kami berharap orang ramai tidak terpengaru­h atau mempercaya­i berita palsu itu. Kami juga meminta kerjasama masyarakat untuk tidak serta menyebarka­n berita yang tidak diketahui sumbernya itu,” katanya semasa dihubungi di sini semalam.

Zainal berkata, pihaknya juga hairan bagaimana berita itu boleh timbul namun tidak menolak kemungkina­n gambar yang digunakan adalah kejadian di luar negara.

Dakwaan mengenai tali kereta kabel putus itu tersebar di Facebook semalam menyebabka­n APM turut menaikkan status penafian bagi mengelakka­n situasi panik.

Sejak beberapa hari lepas, tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengatakan terdapat kereta kabel yang terputus tali dan mengorbank­an seramai 17 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia