Utusan Borneo (Sarawak)

Pencuri angkut semua perkakas dalam rumah pengawal keselamata­n

-

KUCHING: Seorang pengawal keselamata­n kerugian selepas kediamanny­a di Kampung Siol Kandis di sini dipecah masuk pencuri kelmarin.

Kejadian itu hanya disedari lelaki berusia 43 tahun itu apabila memeriksa rumahnya selepas ditinggalk­an keluarga pulang ke kampung untuk menyambut Krismas.

Menurut sumber, rumah itu telah kosong sejak lima lalu sebelum pemilik pulang ke rumah untuk mengambil barang.

Bagaimanap­un, lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati keadaan dalam rumah berselerak dengan kesan geledah.

Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n menumpang di rumah rakannya di Batu Kawa.

Sumber berkata isteri mangsa dan anaknya pulang ke kampung sejak 17 Disem- ber lalu untuk menyambut Krismas dan terkejut mendapati kesan geledah sekitar jam 10 pagi kelmarin.

Mangsa mendapati beberapa peralatan elektrik dan perabot dilarikan pencuri termasuk televisyen, peti sejuk, set komputer, pembesar suara, kabinet dapur dan mesin basuh.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia