Utusan Borneo (Sarawak)

Kempunan burger, dua sepupu dirompak

-

KUCHING: Hasrat dua sepupu untuk membeli burger tidak kesampaian apabila dirompak dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di MJC, Batu Kawa di sini, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, mangsa berusia 12 dan 13 tahun itu dipercayai berjalan dari rumahnya untuk membeli burger.

Kemudian mangsa didatangi dua lelaki menggunaka­n motosikal datang dari arah belakang sebelum menahan mereka.

Menurut sumber, suspek mengugut mangsa menyerahka­n barang berharga jika mahu selamat dan kerana bimbang keselamata­n mereka, mangsa terpaksa menyerah telefon bimbitnya kepada suspek.

Namun, lebih malang suspek tersebut bertindak agresif lalu memukul kedua- dua mangsa sebelum melarikan telefon bimbit dan wang RM100.

Bagaimanap­un, mangsa gagal mendapatka­n nombor pendaftara­n motosikal digunakan suspek.

Difaham mangsa tidak mengalami kecederaan serius sebelum memaklumka­n kepada ahli keluarga sebaik pulang ke rumah.

Justeru, keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung insiden tersebut untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia