Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik tuntut van tersadai di parkir tiga minggu

-

SIBU: Misteri sebuah van dipakirkan hampir tiga minggu di tempat letak kenderaan di Jalan Tan Sri akhirnya terjawab apabila pemiliknya tampil semalam.

Pemiliknya menyedari van tersebut miliknya selepas terbaca dalam akhbar tempatan yang memaparkan tentang sebuah van dipakir terlalu lama di lokasi terbabit.

Hasil pemeriksaa­n mendapati van tersebut telah dikenakan saman sebanyak lapan kali oleh pihak majlis perbandara­n selain enjin tidak dapat dihidupkan lagi.

Difahamkan pada 2 Disem- ber lepas, mangsa memarkirka­n van miliknya di sebuah hotel di sini sekitar jam 5.30 petang dalam keadaan baik dan berkunci.

Bagaimanap­un, pada keesokan harinya (3 Disember) mangsa menyedari van hilang dan tampil membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia