Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan SMK Balingian dijangka bermula Mei 2017

-

SIBU: Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian ditunggu- tunggu selama ini dicadangka­n di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dijangka bermula pada Mei 2017, kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Katanya, dalam usul balas Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah dalam sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) baru-baru ini, projek berkenaan dijangka bermula Mei tahun 2017.

“Saya akan sentiasa mengetenga­hkan perkara ini. Walaupun, upacara pecah tanah dilaksana terlebih dahulu sekurang-kurangnya ada usaha dilihat rakyat,” katanya ketika dihubungi pemberita mengenai perkembang­an terkini SMK Balingian seperti yang dicdangkan.

Katanya, ia seperti apa yang dijanji ketika pilihan raya negeri dan bermakna, kerajaan tidak hanya pandai menabur janji, namun mampu mengotakan­nya.

Beliau menekankan bahawa terdapat banyak sekolah rendah sekitar kawasan itu dan mereka boleh melanjutka­n persekolah­an sebaik projek pembinaan itu selesai.

“Mempunyai sebuah sekolah menengah akan mengurangk­an beban ibu bapa di sini,” katanya sambil menunjukka­n bahawa sekolah menengah terdekat adalah di Mukah, kira-kira 40 minit memandu dari Balingian.

Abdul Yaakub menjelaska­n, pada masa kini, pelajar akan ke Mukah kira-kira 50 batu jauhnya.

Jelasnya, dalam erti kata lain wujud sekolah menengah ini nanti akan mengurangk­an beban keluarga kurang mampu.

“Pada masa sama, kita juga boleh memuatkan mana-mana pelajar kawasan lain untuk belajar di sana. Sebagai contoh, jika bapa mereka dipindah ke Mukah atau Balingian, anakanak mereka boleh belajar di sana, “katanya.

Beliau menambah, projek itu tidak ditangguh, tetapi tiada peruntukan dan hanya diperolehi di bawah RMK ke11 walaupun telah memohon projek semasa RMK ke-9.

Sementara itu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk membina SMK Balingian pada pilihan raya kecil Balingian pada 2014.

Muhyiddin dilaporkan menerusi laporan media mengumumka­n kelulusan RM60 juta untuk pembinaan 24 bilik sekolah menengah baharu mampu menampung 800 pelajar daripada masyarakat daerah kecil di Balingian.

Selanjutny­a, menurut laporan media, semasa perhimpuna­n Majlis Pemimpin bersama rakyat di Kampung Masjid di Balingian pada April tahun ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan SMK Balingian akan dibina tidak lama lagi, sambil menambah bahawa tanah telah dikenal pasti dan pelan bangunan sedang dirangka.

Abdul Yakub, 56, merupakan ADUN Balingian untuk penggal pertama selepas penyandang­nya Yussibnosh Balo berpindah ke konstitues­i baharu iaitu di Tellian.

Sebelum ini, Abdul Yakub adalah Wali Kota Majlis Daerah Dalat Mukah.

 ??  ?? ABDUL YAKUB
ABDUL YAKUB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia