Utusan Borneo (Sarawak)

Tradisi rumah terbuka perayaan di Sarawak tarikan khas pelancong

-

KUCHING: Tradisi rumah terbuka perayaan di Sarawak menjadi tarikan khas kepada pelancong yang berasakan mereka amat dialu-alukan ke negeri ini.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, malah kadang kala ada di kalangan mereka berasa amat dialualuka­n apabila berada di Sarawak berbanding negara mereka sendiri.

“Kita harus berasa bangga bahawa kita mampu mewujudkan satu cara hidup yang membangkit­kan perasaan orang luar untuk mahu berada bersama-sama menikmati kumpulan rakyat kita yang pelbagai kaum dan agama.

“Ini adalah hadiah terbaik yang kita boleh berikan kepada generasi baharu dan masa de- pan negara dalam usaha kita membina bangsa Malaysia, di mana rakyat dapat belajar memahami serta menghargai antara satu sama lain walaupun dalam perbezaan,” katanya dalam ucapan perutusan sempena Hari Krismas yang disambut hari ini.

Tun Taib berkata, di Sarawak setiap kali perayaan pasti akan adalah perhimpuna­n besar atau tradisi rumah terbuka sama ada Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Krismas.

“Tradisi berkenaan selagi diatur dengan baik ia akan dihadiri oleh orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, dan ini menjadikan kita rakyat Malaysia lebih daripada orang lain.

“Saya juga ingin menyatakan agar semangat ber- sama bukan sahaja hanya ada semasa menyambut satu perayaan tertentu, tetapi setiap perayaan lain daripada pelbagai kaum,” katanya.

Tun Taib berkata, rakyat Sarawak harus berasa bernasib baik kerana dapat meraikan perayaan yang berbeza tanpa sebarang rasa takut termasuk sambutan Hari Krismas oleh penganut Kristian.

“Kita mula menikmati dan memahami makna hubungan baik di kalangan semua kaum walaupun kita dilahirkan sebagai seorang Islam, Kristian, Buddha dan juga Hindu.

“Saya dengan ini mengambil kesempatan kepada semua rakyat Malaysia dan semua rakyat Sarawak Selamat Hari Krismas, di mana kita boleh menghargai perbezaan kita berbanding rasa takut dalam masyarakat,” katanya.

 ??  ?? TUN TAIB
TUN TAIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia