Utusan Borneo (Sarawak)

Kristian ajar umatnya agar saling menyayangi: Baru

-

KUCHING: Agama Kristian mengajar umatnya mengambil berat mengenai orang lain dan mengasihi sesama manusia walaupun berbeza agama dan bangsa.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian berkata, ramai antara kita terpanggil mengambil berat mengenai ‘kaum sendiri’, merujuk kepada agama, bangsa atau masyarakat sama dengan mereka.

“Sebagai seorang umat Kristian yang baik ia telah menjadi tanggungja­wab kita untuk mengasihi orang memerlukan, kerana menganggap mereka sebagai jiran.

“Bagi orang Kristian, cinta tidak membezakan seseorang kerana bangsa dan agamanya, ia satu konsep tanpa sempadan,” katanya dalam perutusan sambutan Hari Krismas 2016 semalam.

Jelasnya, kadangkala kita diberitahu menjauhkan diri daripada mencampuri hal ehwal orang lain kerana kononnya tidak mempunyai kaitan dengan kita.

“Sebenarnya ini tidak benar, tetapi berdiam diri juga bukanlah satu pilihan untuk kita memperjuan­gkan sesuatu,” tegasnya.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ba’Kelalan berkata, kes kalah memperjuan­gkan hak adat rakyat Sarawak di Mahkamah Persekutua­n bukan satu masalah.

“Saya tidak melihatnya sebagai satu pengakhira­n kepada perjuangan kita. Masih ada ruang untuk kita melakukan apa perlu dilaku.

“Malah mempercaya­i sepenuhnya bahawa Tuhan bekerja di dalam perkara bersama-sama untuk kebaikan mereka mengasihi Dia, yang dipanggil mengikut tujuanNya seperti tercatat dalam Romans 8:28.

“Dalam dunia tidak sempurna ini, kita tidak boleh mengharapk­an hasil sempurna setiap masa,” katanya.

Kata Baru, isu lebih penting adalah mesej Krismas supaya tidak berputus asa, tetapi meneruskan perjuangan kita, mengetahui dan mempercaya­i bahawa kebenaran dan keadilan akan terserlah akhirnya.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia