Utusan Borneo (Sarawak)

Hargai keharmonia­n, hormati agama lain

-

MIRI: Sama ada musim Krismas atau hari biasa, rakyat perlu menghargai keharmonia­n kaum dan agama termasuk saling menghormat­i antara satu agama lain tanpa mengira siapa.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu ( UPP) Cawangan Pujut, Bruce Chai berkata, nilai tersebut memastikan keamanan berterusan dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama negara ini.

“Seperti perayaan lain, Krismas adalah masa untuk kemaafan dan pemberian, serta mengingati mereka yang kurang bernasib baik yang mungkin memerlukan bantuan kita semasa musim perayaan ini.

“Ia juga adalah masa untuk memikirkan masa lalu dan masa akan datang,” jelas Bruce dalam mesej Hari Krismas beliau.

Dengan kehadiran tahun baharu 2017, Bruce berharap untuk masa depan yang cerah dan lebih baik terutama ekonomi negeri ini khasnya dan negara secara keseluruha­nnya.

“Saya mahu berkhidmat untuk masyarakat, negeri dan negara dengan sebaik mungkin. Saya mahu meninggalk­an legasi boleh membuatkan keluarga dan semua bangga dengan saya, “katanya ketika menjawab soalan resolusi untuk tahun baru.

Bruce berkata, kerana rakyat berdepan cabaran lebih sukar dari aspek ekonomi dan politik, rakyat harus sentiasa bersedia dan memastikan hak mereka terjamin dan terpelihar­a.

 ??  ?? BRUCE
BRUCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia