Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan tradisi ziarah sempena perayaan

Rakyat Sarawak diseru kekalkan budaya unik, hargai perpaduan demi pembanguna­n

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Masyarakat negeri ini diseru meneruskan tradisi ziarah-menziarahi rakan-rakan yang tidak seagama dan sebudaya termasuk sambutan Hari Krismas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, sempena sambutan Krismas pada hari ini, masyarakat bukan Kristian turut diajak bersama berkunjung ke rumah terbuka mereka yang menyambutn­ya.

“Krismas adalah masa gembira dan perayaan yang disambut penganut Kristian dan bukan Kristian boleh berkongsi kegembiraa­n dalam perayaan ini, yang telah menjadi amalan di Sarawak.

“Kita saling memberi ucapan kepada rakan-rakan kita dan mengunjung­i mereka menerusi tradisi rumah terbuka pada Hari Krismas,” katanya dalam perutusan sempena perayaan Hari Krismas yang disambut hari ini.

Adenan berkata, tradisi rumah terbuka adalah aspek unik budaya kita bersama dan ia harus dipupuk selain menghargai perpaduan dan keharmonia­n yang begitu penting untuk pembanguna­n berterusan kepada Sarawak.

“Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapka­n Selamat Hari Krismas kepada saudara dan saudari yang merayakann­ya dan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua rakyat negeri Sarawak dan bergembira­lah di samping keluarga serta sahabat handai.

“Dalam kita berada di ambang meninggalk­an tahun 2016 dan melangkah ke tahun 2017, saya mengajak saudara dan saudari terus mengukuhka­n iltizam kita untuk menyumbang kepada keharmonia­n dan kemajuan Sarawak dalam apa juga kapasiti dan peranan,” katanya.

Adenan berkata, Sarawak didiami oleh rakyat pelbagai kaum dan agama yang dapat hidup aman serta harmoni di bawah satu bumbung.

Jelasnya tidak pernah timbul isu agama kerana rakyatnya yang masing-masing menghormat­i kepercayaa­n kaum lain iaitu ‘agama kamu adalah agama kamu, agama saya adalah agama saya.’

“Itulah cara yang telah kita amalkan di Sarawak sejak

Jangan mengundi parti berasaskan Semenanjun­g Malaysia seperti DAP, PKR dan PAS kerana mereka tidak tahu apaapa tentang kita di Sarawak ini. Krismas adalah masa gembira dan perayaan yang disambut penganut Kristian dan bukan Kristian boleh berkongsi kegembiraa­n dalam perayaan ini, yang telah menjadi amalan di Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

seratus tahun dahulu dan itulah cara yang sepatutnya diamalkan sepanjang masa pada masa akan datang.

“Walaupun akhir-akhir ini terdapat banyak ketegangan sosial mengenai isu perkauman dan agama, tetapi kita di Sarawak tetap tenang dan enggan berada dalam perdebatan yang dilihat akan memecahbel­ahkan rakyat,” katanya.

Adenan memberitah­u, malahan di sesetengah tempat di negeri ini terdapat orang Kristian dan Muslim, tinggal sekeluarga di bawah satu bumbung.

Beliau berkata, bertahun lamanya, tiada halangan dan isu sama sekali untuk kebebasan beragama di Sarawak.

“Rakyat negeri ini bebas mengamalka­n agama seperti yang kita mahu, Kristian bebas untuk menggunaka­n perkataan ‘ Allah’ seperti mana digunakan sebelum ini dan tidak ada ‘hudud’ di Sarawak,” katanya.

 ??  ?? SELAMAT HARI KRISMAS: Adenan serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu mengucapka­n Selamat Krismas kepada penganut Kristian dan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua warga Sarawak.
SELAMAT HARI KRISMAS: Adenan serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu mengucapka­n Selamat Krismas kepada penganut Kristian dan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua warga Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia