Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan sepadu jika banjir di kawasan Samariang

Jawatankua­sa Tindakan Bencana N.7 Samariang bersiap sedia, hanya tunggu arahan operasi: Hasidah

- Oleh Siti Aisyah Ramli

Kita tidak mahu membayangk­an sekiranya berlaku bencana banjir di sini (Samariang), dan kita dapat lihat, cuaca sehingga ke hari ini (semalam) sangat baik sekali, tidak seperti penghujung tahun sebelum ini.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang kini dalam keadaan siap siaga menerusi Jawatankua­sa Tindakan Bencana N.7 Samariang bagi menghadapi kemungkina­n bencana banjir di kawasan itu.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pasukan tersebut kini telah diaktifkan dalam mod bersiap sedia.

Malah, ujarnya, pasukan itu juga akan bergerak secara bersepadu terutama di kawasan Samariang sekiranya menerima sebarang arahan operasi.

“Kita tidak mahu membayangk­an sekiranya berlaku bencana banjir di sini (Samariang), dan kita dapat lihat, cuaca sehingga ke hari ini ( semalam) sangat baik sekali, tidak seperti penghu- jung tahun sebelum ini. “Tetapi, sekiranya ia (banjir) berlaku, kita telah bersiap sedia dengan ahli jawatankua­sa yang kini hanya menunggu arahan operasi.

“Pada masa sama, saya menyeru semua penduduk setempat atau sesiapa sahaja berdoa semoga banjir tidak berlaku di kawasan ini atau di mana sahaja di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Karnival Sukan Rakyat 2016 Kampung Malaysia Jaya di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Jaya di sini, semalam.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Samariang itu, segala kelengkapa­n serta jentera juga telah disedia bagi memudahkan urusan bantuan mangsa banjir sekiranya berlaku.

Dalam perkembang­an lain, Hasidah menggesa setiap Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) yang telah diwujudkan di dalam DUN itu menubuhkan pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di penempatan kediaman masing-masing.

“Ini bertujuan untuk membantu pihak polis dalam menangani kejadian kecurian dan jenayah- jenayah kecil yang banyak dilapor berlaku di kampung-kampung dan taman perumahan di sini.

“Malah, ia juga adalah usaha kita yang positif yang hendak kita lakukan dan selari dengan Pelan Tindakan N.7 Samariang yang kita lancarkan baru-baru ini,” jelasnya.

Pada majlis itu, Hasidah turut melibatkan diri dalam aktiviti senamrobik dan senaman zumba sebelum beliau diiringi untuk mengunjung­i gerai- gerai pameran dan jualan yang turut diadakan sempena karnival itu.

Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga

 ??  ?? RASMI: Hasidah (tiga kanan) memotong reben gegantung sebagai simbolik penyempurn­aan Karnival Sukan Rakyat 2016 Kampung Malaysia Jaya, di Kuching semalam sambil disaksikan tetamu jemputan lain.
RASMI: Hasidah (tiga kanan) memotong reben gegantung sebagai simbolik penyempurn­aan Karnival Sukan Rakyat 2016 Kampung Malaysia Jaya, di Kuching semalam sambil disaksikan tetamu jemputan lain.
 ??  ?? BENTUK BELIA: Idris (tengah) merakamkan kenangan bersama belia N.16 Muara Tuang di Kem Pueh, Sematan.
BENTUK BELIA: Idris (tengah) merakamkan kenangan bersama belia N.16 Muara Tuang di Kem Pueh, Sematan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia