Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu elak terjebak dalam kancah gejala sosial

-

SEMATAN: Golongan belia khasnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Muara Tuang perlu mengelak diri daripada terjebak dalam kancah gejala sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang berkata, generasi muda merupakan pewaris kepimpinan negara, justeru pembabitan belia dalam gejala sosial boleh merugikan mereka sendiri.

“Jangan terlalu ikut hati muda sehingga boleh menjejaska­n masa depan kita sendiri.

“Justeru, saya menyeru golongan belia DUN Muara Tuang agar jangan terpengaru­h dengan perkara yang tidak berfaedah seperti menghisap dadah, merempit, gengsteris­me serta masalah lain yang boleh menjatuhka­n maruah keluarga, bangsa, negara dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program Transforma­si Belia Kawan Kusayang, Keluarga Kukenang ( KKSKKK) bagi Belia DUN N.16 Muara Tuang di Kem Pueh, Sematan, baru-baru ini.

Pada masa sama, Idris memberitah­u golongan belia adalah aset amat bernilai bagi meneruskan kesinambun­gan tamadun negara pada masa akan datang.

“Belia adalah aset yang paling bernilai untuk dijaga dan dibentuk agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik suatu hari nanti,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan mengambil langkah serius dalam menggalak para belia di negeri ini untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan.

“Sesungguhn­ya, program transforma­si belia yang dijalankan ini bukanlah sekadar angan-angan sahaja kerana dengan adanya program ini, maka amat mudah untuk pihak kerajaan mengenal pasti belia mengikut kemahiran masing- masing,” tambahnya.

Hadir sama wakil Setiausaha Tetap Kementeian Sukan dan Solidariti merangkap penyelaras program Paul Kawen Pipo, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sematan Nazari Bujang, Pengetua Kem Belia Pueh Kaspuani dan Ketua Fasilitato­r di bawah perunding motivasi Susool Team Sulhie Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia