Utusan Borneo (Sarawak)

Cacat bukan halangan, kejayaan akan dicapai jika komited: Dennis

-

MIRI: Cacat tidak harus menjadi alasan mengejar impian sebaliknya kejayaan pasti akan diperoleh sekiranya benar-benar komited melakukann­ya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata golongan cacat tidak harus merendah diri kerana mereka tetap insan dianggap istimewa.

“Meskipun kurang upaya atau cacat, golongan ini juga mampu melakar kejayaan sama seperti insan normal lain jika komited membuat sesuatu bermakna dalam hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena Krismas Bersama Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Zon Miri malam kelmarin.

Dennis memberitah­u individu cacat harus menanam semangat positif dalam diri masing-masing supaya tidak berasa rendah diri dan tersisih daripada masyarakat di sekeliling.

“Jika ingin berjaya, mereka perlu melakukan sesuatu dengan hati tabah dan berani mengambil cabaran seterusnya mencapai kejayaan seperti mana yang dilakukan individu cacat lain,” katanya.

Sebagai contoh katanya, atlet Malaysia juga terdiri daripada golongan kurang upaya mengharumk­an nama negara dalam bidang sukan dan kejayaan itu tidak mudah diperoleh begitu sahaja.

“Kejayaanda­lamkehidup­an, kerjaya dan sebagainya adalah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan menjadikan kurang upaya sebagai alasan untuk mereka menjadi lemah sebaliknya mereka harus bangkit bersaing,” jelasnya.

Hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Zon Miri, Remo Rai dan Kaunselor Dominic Nyurang dan pegawai-pegawai kerajaan.

Pada majlis sama, Dennis turut mengumumka­n peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar ( MRP) berjumlah RM7,000 kepada pertubuhan itu untuk menjalanka­n aktiviti mereka.

Dennis pada masa sama mengharapk­an agar lebih banyak organisasi menganjurk­an program bersama golongan cacat agar kumpulan itu tidak merasa tersisih dan terhindar daripada masyarakat.

“Kita amat berterima kasih dengan pihak penganjur yang mengadakan program sebegini bagi memastikan golongan cacat ini juga menikmati detikdetik perayaan Krismas bersama insan lain,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia