Utusan Borneo (Sarawak)

Selamat dikunjungi jadikan Malaysia tumpuan pelanconga­n: Masir

-

SRI AMAN: Malaysia merupakan sebuah negara sentiasa menjadi tumpuan sebagai destinasi pelanconga­n utama dunia kerana terkenal dengan keamanan dan selamat untuk dikunjungi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata, Malaysia juga terkenal dengan pelbagai adat serta kebudayaan juga perpaduan erat pelbagai kaum mendiaminy­a.

“Kewujudan ini menjadikan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara unik kerana rakyatnya dapat hidup secara aman dan toleransi.

“Setiap pelancong hadir ke negara ini sudah pastinya akan menceritak­an kebaikan negara dan keramahan warga rakyatnya apabila pulang ke destinasi negara masingmasi­ng,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap di Program Pra- Krismas bertempat di Rumah Rengkang, Lepong Empeliau dekat sini kelmarin.

“Kerajaan amat berharap agar perpaduan dan keharmonia­n terus dikekalkan untuk kebaikan semua kaum yang mendiami negara ini.

“Justeru, kewujudan pelbagai organisasi seperti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( J K K K ) , K a w a s a n Rukun Tetangga ( KRT), PERWANI, Komuniti 1 Malaysia dan sebagainya sebagai sebuah organisasi yang terdiri daripada pelbagai kaum terus mengekal semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat terus disemai,” tegasnya.

Dalam pada itu katanya, setiap ahli dalam organisasi ini harus mempunyai ilmu pengetahua­n luas dalam segala aspek sama ada dari segi politik, ekonomi dengan penerapan nilai murni sebagai ‘senjata’ utama dalam usaha komuniti sebagai ejen penyampai maklumat kepada rakyat.

Jelasnya, mereka inilah akan menjadi contoh serta teladan kepada komuniti rakyat atau masyarakat yang ada di sekeliling mereka.

“Kita yakin, kewujudan organisasi seperti ini sebagai teras dalam memantapka­n perpaduan kaum terus dapat mentranfor­masikan rakyat agar matlamat Gagasan 1Malaysia dapat dicapai melalui penglibata­n pelbagai etnik kaum seluruh negara dalam setiap aktiviti dianjur kerajaan seterusnya mengekal perpaduan dalam kepelbagai­an.

Oleh itu, sama-sama kita bersatu padu untuk bergerak seiring memajukan negara Malaysia amnya dan negeri Sarawak khasnya demi kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­nnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Richard Tawan Sedu, Temenggong Samuel Lawen, Penghulu Bailey Gamang serta ketua ketua masyarakat setempat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia