Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan penting pelihara kemakmuran negara

Kerajaan mendukung amalan kebebasan beragama, rakyat rai setiap perayaan dalam suasana aman

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Perpaduan adalah satu aset amat penting bagi sesebuah negara terutama mengekalka­n kemakmuran dan kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata, asas utama perpaduan dapat dinikmati hingga ke hari ini dan rakyat berbilang kaum dapat meraikan setiap perayaan secara bersama.

“Kepelbagai­an perayaan disambut meriah oleh masyarakat Malaysia adalah satu lambang keunikan yang membuktika­n kejayaan negara dalam menyemai semangat perpaduan kaum,” katanya.

Jelasnya, rakyat di negara ini amat bertuah kerana dasar diamal kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pemerintah­annya memberi banyak kebebasan kepada rakyatnya.

“Ini termasuk amalan beragama, kebebasan berkunjung, kebebasan meraikan apa-apa perayaan dan perkara yang menyumbang kepada kebaikan bersama,” katanya.

Mawan berkata demikian pada sambutan Krismas di Rumah Kumbong, Sungai Ruan, dekat sini, malam kelmarin.

Program ini adalah anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Kumbong Sungai Ruan dan telah dihadiri sekitar 200 orang masyarakat setempat.

Dalam majlis ini Mawan turut berkata, sikap tolakransi dan kesederhan­aan dalam amalan beragama masyarakat di negeri ini adalah teras utama perpaduan berbilang kaum dekat sini.

Katanya, rakyat di negara ini harus bersyukur dengan nikmat yang dikecapi pada selama ini yang mampu dikatakan lengkap baik dari aspek ekomomi, sosial, politik dan lain-lain perkara.

“Jika kita lihat pada hari ini, kita telah menyambut setiap perayaan yang diraikan oleh setiap kaum yang tinggal di negara ini dengan penuh aman dan harmoni.

“Dengan tiada kekangan, tiada perasaan ragu- ragu dan disambut dengan penuh meriah bagi setiap aktiviti yang diadakan, ia telah membuktika­n bahawa perpaduan negara kita amat kukuh,” jelas Mawan.

Tambahnya, nikmat yang sedemikian rupa seharusnya dipertahan­kan serta diperkukuh­kan oleh semua pihak dengan menepis segala perbezaan agama dan kaum.

“Kita juga harus melapangka­n minda kita dan melontar segala sikap dan perlakuan kita seperti dengki, iri hati dan lain-lain perlakuan yang tidak senonoh harus ditinggal.

“Namun semua amalan baik ini bukan hanya kita amalkan pada bulan suci sahaja tetapi harus harus diamalkan pada sampai bila-bila masa, khususnya dalam kita menjalani kehidupan seharian dan tinggal dalam kominiti pelbagai bangsa dan agama,” kata Mawan lagi.

Kepelbagai­an perayaan disambut meriah oleh masyarakat Malaysia adalah satu lambang keunikan yang membuktika­n kejayaan negara dalam menyemai semangat perpaduan kaum. Tan Sri William Mawan Ikom Ahli Parlimen Saratok

 ??  ?? MERIAH: Mawan tiba pada majlis Sambutan Krismas di Rumah Kumbong, Sungai Ruan, Sarikei malam kelmarin dengan sambutan penuh meriah oleh penduduk setempat.
MERIAH: Mawan tiba pada majlis Sambutan Krismas di Rumah Kumbong, Sungai Ruan, Sarikei malam kelmarin dengan sambutan penuh meriah oleh penduduk setempat.
 ??  ?? WAKIL RAKYAT: Masir (tengah) sedang diperkenal­kan kepada hadirin yang hadir pada majlis berkenaan kelmarin.
WAKIL RAKYAT: Masir (tengah) sedang diperkenal­kan kepada hadirin yang hadir pada majlis berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia