Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Semop mahu tubuh biro lancar aktiviti

Tumpuan akan turut diberi kepada program keusahawan­an, dedah latihan kemahiran serta teknikal

-

SIBU: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Cawangan Semop mahu perancanga­n lebih teratur bagi agenda dan penganjura­n program pada masa akan datang.

Menurut Pengerusin­ya Abdullah Saidol, untuk tujuan itu, beberapa biro dicadang ditubuh supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dengan terancang.

“Memandangk­an SABERKAS Cawangan Semop baharu sahaja ditubuh pada tiga tahun lepas, aktiviti kita jalankan sebelum ini tidak begitu terancang.

“Tetapi untuk masa akan datang, kita akan menubuh beberapa biro supaya aktiviti dijalankan terancang selain memberi manfaat menyeluruh kepada semua warga belia di konstituen­si ini (Semop),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Semop, di sini, malam kel- marin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu berkata, SABERKAS Cawangan Semop akan memberi tumpuan kepada program latihan keusahawan­an yang memberi pendedahan ke arah latihan kemahiran serta teknikal.

“Kita akan bekerjasam­a dengan institusi latihan seperti Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Manis, Giat Mara, Kolej Komuniti dan beberapa pusat latihan lain yang bersesuaia­n dengan keperluan kita.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan program yang berkaitan dengan sahsiah diri serta keagamaan untuk memperkasa jati diri dan kematangan mental setiap ahli belia SABERKAS, termasukla­h penganjura­n aktiviti sukan dan kebudayaan bersesuaia­n dengan jiwa dan kesukaan warga belia di kawasan kita,” jelasnya.

Tetapi untuk masa akan datang, kita akan menubuh beberapa biro supaya aktiviti dijalankan terancang selain memberi manfaat menyeluruh kepada semua warga belia di konstituen­si ini Semop). ” ( Abdullah Saidol Pengerusi SABERKAS Cawangan Semop

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop turut menyatakan sokonganny­a dari aspek keperluan kewangan setakat yang mampu untuk menjalanka­n setiap aktiviti SABERKAS Cawangan Semop.

Mengimbau aktiviti pernah dijalankan SABERKAS Cawangan Semop sejak penubuhann­ya, katanya, pihaknya banyak terlibat dalam program seperti menyampaik­an sumbangan kepada pesakit kawasan di Hospital Sibu, memohon dana dan memberi sumbangan berbagai barangan keperluan kepada beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan wanita, surau dan masjid serta aktiviti belia termasuk sukan dan kursus keusahawan­an.

“Kebanyakan aktiviti SABERKAS Cawangan Semop dijalankan dengan kerjasama Skuad Sayang Wanita PBB di setiap ranting kampung.

“Justeru, perhargaan saya tujukan kepada semua ahli SABERKAS sama ada dalam Exco utama atau mereka di peringkat unit kampung yang banyak terlibat dan bekerjasam­a secara langsung atau tidak dalam pelbagai aktiviti di kawasan kita,” katanya sambil menambah kejayaan penganjura­n aktiviti SABER- KAS itu adalah hasil semangat kesukarela­wan setiap ahli di semua unit.

Mesyuarat tersebut juga menyaksika­n pemilihan Exco SABERKAS Cawangan Semop di mana Rahim Saharbi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi I, diikuti Raven Ali Firdaus Linggai sebagai Timbalan Pengerusi II.

Bagi jawatan Setiausaha pula, ia diisi oleh Hadi Selamat, Gusti Sahran (Bendahari) selain pelantikan enam ahli jawatankua­sa (AJK) lain.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Abu Seman Jawie.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdullah (duduk tengah empat kiri) dan Abu Seman (duduk tengah) bersama rakan Exco dan ahli SABERKAS Cawangan Semop ketika merakam kenangan bersama selepas Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Semop di Sibu, malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Abdullah (duduk tengah empat kiri) dan Abu Seman (duduk tengah) bersama rakan Exco dan ahli SABERKAS Cawangan Semop ketika merakam kenangan bersama selepas Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Semop di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia