Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan jalan keluar lorong belakang Hospital Kapit perlu disegera, kata Jamit

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) melawat serta menghulurk­an sumbangan kepada seorang pelajar Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Hii Ung Chii menderita barah kulit.

Ahli- ahli UPP diketuai Presidenny­a, Dato Sri Wong Soon Koh telah berkunjung ke kediaman Hii di Sungai Bidut, petang kelmarin.

Menurut Wong juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan, UPP akan sedaya upaya membantu Hii agar dia dapat meneruskan pengajiann­ya di UCTS.

“Kita juga akan membantu keluarga ini dengan bantuan yang sewajarnya,” ujar Menteri Kewangan Kedua itu kepada pemberita.

Hii, 23, terpaksa berhenti seketika daripada pengajiann­ya sejak September lepas berikutan barah kulit yang dialaminya sejak 2014.

Hadir sama ialah Setiausaha UPP Cawangan Bawang Assan, Wong Hie Ping serta ahli-ahli UPP yang lain. KAPIT: Projek pembinaan jalan keluar melalui lorong belakang Hospital Kapit dilihat sebagai keperluan mendesak bagi melancarka­n aliran laluan trafik di kawasan hospital tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat berkata, projek pembinaan jalan keluar di hospital tersebut amat penting demi untuk keselamata­n orang ramai melaluinya terutama jika berlaku kecemasan.

“Jalan keluar di Hospital Kapit ini sangat sempit dan menimbulka­n kesukaran kepada orang ramai,” jelasnya ketika mengadakan tinjauan pemeriksaa­n ke tapak projek jalan keluar yang dicadangka­n di Hospital Kapit, baru-baru ini.

Semasa lawatan itu, Jamit turut diberikan taklimat jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian, Anding Unchi mengenai pelan cadangan projek pembinaan jalan keluar tersebut yang dianggarka­n menelan kos RM2.1 juta.

Jamit berpuas hati melihat cadangan pelan pembinaan jalan keluar tersebut dan berharap ia dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat ini.

Hospital Kapit dibina di sepanjang cerun teres bukit ‘Bukit Hill Top’ oleh Methodist Mission pada tahun 1958. Sejak pembinaann­ya, landskap Hospital Kapit tidak berubah sehinggala­h Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengam- bil alih pada tahun 1973.

Satu-satunya ciri baharu Hospital Kapit ialah bangunan konkrit empat tingkat yang dibina oleh kerajaan pada pertengaha­n tahun 1980-an.

 ??  ?? TURUN PADANG: Jamit (dua kiri) ketika mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan jalan keluar di Hospital Kapit.
TURUN PADANG: Jamit (dua kiri) ketika mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan jalan keluar di Hospital Kapit.
 ??  ?? BANTU: Wong (dua kiri) bersama Hie Ping (kanan) ketika meninjau keadaan Hii (dua kanan) di rumahnya di Sungai Bidut.
BANTU: Wong (dua kiri) bersama Hie Ping (kanan) ketika meninjau keadaan Hii (dua kanan) di rumahnya di Sungai Bidut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia